• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kren Tumbang: Jangan Ambil Gambar, Teruskan Perjalanan

oleh AK-47
26/02/2018
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Sikap pengguna jalan raya yang memberhentikan kenderaan di bahu jalan untuk merakam gambar di tempat kejadian kren tumbang di Kilometer 25.2, Jalan Lingkaran Tengah 2 (MRR2) memburukkan lagi kesesakan lalu lintas di kawasan berkenaan.

Projek Lintasan Sungai Besi-Ulu Klang (ProLintas) dalam satu status terkini di Facebook petang ini merayu kepada pengguna supaya memberikan kerjasama kepada petugas di tapak kejadian dan sentiasa mengutamakan keselamatan mereka.

“Semua pengguna #mrr2 diminta meneruskan perjalanan dan tidak memberhentikan kereta di bahu jalan. Tindakan ini akan menghalang kerja-kerja pengalihan kren. Utamakan keselamatan anda, berhenti merakam dan teruskan perjalanan anda,” demikian menurut status ProLintas.

Kren berkenaan tumbang di tapak projek Lebuhraya Bertingkat Sungai Besi-Ulu Kelang (SUKE) berhampiran Dataran Ukay di laluan MRR2 dari arah Ulu Klang ke Ampang pada 9.58 pagi tadi menyebabkan ramai pengguna terkandas beberapa jam dalam kesesakan lalu lintas yang teruk.

SUKE dan Lebuhraya Bertingkat Damansara-Shah Alam (DASH), yang mula dibina tahun lepas dan dijangka siap awal 2020, bertujuan mengurangkan tempoh perjalanan dan kos pengguna jalan raya.

SUKE, yang menghubungkan Sri Petaling dan Bukit Antarabangsa, dijangka mengambil masa perjalanan hanya 25 minit manakala DASH, yang menghubungkan Puncak Perdana di Shah Alam dan Penchala Link di Damansara Perdana, adalah kira-kira 20 minit.

SUKE akan menjadi laluan alternatif kepada Jalan Lingkaran Tengah 2 (MRR2), sekali gus mengurangkan kesesakan trafik di laluan berkenaan. – BERNAMA

Tags: kren tumbang
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Tidak Perlu Cetak Cukai Jalan Digital – JPJ

Kren Tumbang, 40,000 Pengguna ETS, KTM Komuter Terjejas

13/12/2023
0

PETALING JAYA – Lebih 40,000 pengguna perkhidmatan Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) membabitkan tren elektrik (ETS) dan KTM Komuter Lembah...

17 Maut Kren Tumbang Di India

17 Maut Kren Tumbang Di India

01/08/2023
0

MUMBAI: Sekurang-kurangnya 17 orang terbunuh dalam kejadian kren tumbang di tapak pembinaan lebuh raya. Ikuti Mynewshub: Telegram Menurut Pasukan Tindak Balas...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd