• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Keadaan Banjir Di Sarawak Dilihat Membimbangkan – Rohani

oleh AK-47
20/01/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

MENTERI Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Rohani Abdul Karim hari ini membuat tinjauan banjir di Sarawak yang bermula di Kuching dan menyifatkan ianya membimbangkan.

Kementerian itu dalam satu kenyataan media hari ini berkata menerusi tinjauan yang dilakukan, didapati keadaan agak membimbangkan dan kementerian melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) telah bersiap siaga dari awal dalam berdepan sebarang kemungkinan.

“Rohani dalam lawatan tersebut turut ke Bilik Gerakan Bencana Banjir JKM Negeri Sarawak yang beroperasi 24 jam yang diselaraskan oleh seluruh warga kerja JKM Sarawak,” menurut kenyataan itu.

BACA JUGA – Banjir Di Sarawak Makin Buruk, Najib Jamin Pantau Keadaan

StatementRohani

Kenyataan itu menyebut, laporan sehingga pukul 4 petang hari ini menunjukkan bahawa sebanyak 44 pusat pemindahan telah dibuka di negeri Sarawak yang terjejas banjir melibatkan seramai 1,951 keluarga dengan 8,067 mangsa.

“Saya amat mengambil berat dengan keadaan banjir di Sarawak, saya berharap persediaan pengurusan banjir di sini lebih aktif walaupun terpaksa berhadapan dengan cabaran yang lebih besar disebabkan faktor lokasi,” kata Rohani dalam kenyataan sama.

Faktor Geografi negeri itu yang besar dan luas termasuk kawasan pedalaman yang berjauhan antara satu tempat dengan tempat yang lain agak menyukarkan saluran penyampaian bantuan.

Warga emas yang tidak berkeupayaan terpaksa diangkat untuk dipindahkan dalam keadaan banjir di Kampung Endap, Samarahan.
Warga emas yang tidak berkeupayaan terpaksa diangkat untuk dipindahkan dalam keadaan banjir di Kampung Endap, Samarahan.

BanjirSarawak_3

“Kita berusaha sedaya upaya agar bantuan dapat disampaikan kepada semua mangsa bencana dalam keadaan selamat,” kata beliau.

Bagi negeri di Semenanjung Malaysia yang dilanda banjir, Kelantan dan Perak tidak berubah berbanding rekod pada tengah hari.

Tengah hari tadi, jumlah mangsa banjir yang ditempatkan di pusat-pusat pemindahan di Sarawak ialah pada 6,952 manakala di Kelantan merekodkan 255 orang dan Perak 78 orang.

Jurucakap Majlis Keselamatan Negara (MKN) Sarawak berkata sebanyak 23 pusat pemindahan dibuka di Kuching menempatkan 4,269 mangsa, sebanyak 13 pusat pemindahan di Samarahan dengan 1,729 mangsa, tiga pusat pemindahan di Limbang menempatkan 765 mangsa manakala dua pusat pemindahan di Mukah dengan 189 mangsa.

Menurut MKN negeri itu, sebanyak 14 buah sekolah masih ditutup akibat banjir manakala 22 buah lagi masih beroperasi. – MYNEWSHUB.CC

Video Banjir Sarawak Pada 2009 

http://youtu.be/cAGQCOLppj4

Tags: mangsa banjirsarawak
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Objek Disyaki Serpihan Angkasa Dikesan di Ruang Udara Sarawak

Objek Disyaki Serpihan Angkasa Dikesan di Ruang Udara Sarawak

09/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) menasihati orang ramai agar tidak menyentuh sebarang objek mencurigakan yang mungkin...

PETRONAS Rujuk Mahkamah Persekutuan Selesai Isu Petroleum Di Sarawak

PETRONAS Rujuk Mahkamah Persekutuan Selesai Isu Petroleum Di Sarawak

12/01/2026
0

KUALA LUMPUR: Petroliam Nasional Bhd (PETRONAS) memfailkan suatu notis usul di Mahkamah Persekutuan, Putrajaya bagi mendapatkan penjelasan berhubung kerangka kawal...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd