• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 23, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Warga Emas Mati Dijerut Tuala Sebelum Disamun

oleh Ahmad Albab
26/02/2018
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

WANITA warga emas ditemui mati dengan kesan jerutan dipercayai akibat pergelutan dalam kejadian samun di rumahnya di Taman Malaysia, Pumpong, Alor Setar, hari ini.

Mayat mangsa Kau Fu Eng, 71, ditemui anak perempuannya pada 5.45 petang apabila pulang daripada menghantar cucu mangsa ke kelas tuisyen.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kedah, Senior Asisten Komisioner Mior Faridalathrash Wahid berkata, mangsa dipercayai dibunuh berikutan penemuan kesan jerutan pada leher wanita itu menggunakan kain.

Katanya, suspek dipercayai masuk melalui pintu belakang yang tidak berkunci dan ketika kejadian, mangsa berada bersendirian di rumah itu.

“Kejadian dipercayai berlaku antara 2 petang hingga 5.45 petang, dan hasil pemeriksaan mendapati terdapat kesan berselerak dalam bilik mangsa.

“Suspek disyaki mahu menyamun, tetapi mungkin berlaku pergelutan atau mangsa menjerit menyebabkan suspek bertindak menjerut leher wanita itu.

“Hasil pemeriksaan mendapati barang kemas mangsa bernilai RM10,000 serta sebuah tablet dan beberapa utas jam tangan di rumah itu, hilang,” katanya.

Menurutnya, pada masa ini, pihak polis masih menjalankan siasatan dengan dibantu Unit Anjing Pengesan (K-9).

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Sementara itu, anak perempuan mangsa, Teoh Yean Sin, 41, berkata kali terakhir dia dihubungi ibunya pada 7 pagi tadi, dan mendiang sempat mengejutkannya untuk melakukan upacara sembahyang.

Katanya, ibunya sempat bertanya keadaan anak-anaknya dan meminta dia supaya menjaga mereka dengan baik.

“Saya tak sangka penjenayah itu sangat kejam sampai nak bunuh ibu saya. Kalau dia nak amik barang ambillah, jangan sampai membunuh.

“Saya mengetahui kejadian ini selepas dihubungi kakak apabila meminta pulang ke rumah dengan segera kerana sesuatu berlaku kepada ibu,” katanya.

Katanya, mendiang ibunya pernah tinggal bersamanya di Taman Dahlia, kira-kira lima tahun lalu, tetapi pulang untuk tinggal bersama kakak dan dua cucunya di rumah itu. – myMetro Online

*Video sekadar hiasan…

Tags: kes samunwarga emas
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

18.8 Peratus Warga Emas Di Malaysia Tinggal Sendirian

18.8 Peratus Warga Emas Di Malaysia Tinggal Sendirian

20/04/2026
0

PUTRAJAYA – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mendedahkan bahawa 18.8 peratus warga emas di negara ini kini tinggal bersendirian, meningkat hampir...

Bunuh 2 Warga Emas, Penoreh Getah Terlepas Hukuman Gantung

Bunuh 2 Warga Emas, Penoreh Getah Terlepas Hukuman Gantung

19/01/2026
0

Putrajaya: Seorang penoreh getah terlepas daripada hukuman gantung selepas Mahkamah Rayuan mengetepikan hukuman mati atas kesalahan membunuh dua lelaki warga...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd