MELALUI artikel terbaharu di laman blog peribadinya, zamkata.blogspot.com, bekas Menteri Penerangan, Tan Sri Zainuddin Maidin memutuskan untuk berhenti daripada menulis artikel politik.
Keputusan tersebut merupakan reaksi kecewa beliau setelah dituduh melakukan konspirasi bagi menjatuhkan pemimpin nombor satu Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak bersama dua lagi pemimpin, Tun Mahathir Mohamad dan Tun Daim Zainuddin.
[BACA INI JUGA: Hanya Zainuddin Maidin Sahaja Yang Tepuk Tapi Tak Sokong]
Dalam artikel yang dimuat naik semalam (Isnin), Zainuddin atau lebih dikenali sebagai Zam berkata, keputusan tersebut diputuskan setelah membuat pertimbangan dari segenap aspek termasuk kepentingan kedamaian, ketenteraman jiwa dari ugutan, tekanan serta pencemaran namanya di hari tua.
Tulis beliau dalam artikel ‘Salam Terakhir Zam Pada Penulisan Politik Semasa’, “Setelah menimbangkan dari semua aspek, kepentingan kedamaian dan ketenteraman jiwa dari ugutan, tekanan dan pencemaran nama di hari tua, maka saya mengambil keputusan untuk berhenti dari penulisan politik semasa yang menjadi pengisian utama blog zamkata sejak dilancarkan pada 8 ogos 2012.”
Tambah beliau, setelah bersara, dia menolak untuk mengepalai NGO serta jawatan-jawatan lain yang ditawarkan namun tetap meneruskan kecintaannya dalam bidang penulisan dengan mewujudkan blog zamkata.
“Kepercayaan dan setiakawan saya kepada kepimpinan  politik yang bersandarkan sejarah dan kejayaan dicemarkan oleh kerana perbezaan fikiran, penilaian dan ketakutan pada mimpi ngeri politik masa depan pihak yang semakin sedar akan kemerosotan pengaruh dan kekuatan.
“Maka teguran tidak lagi dianggap sebagai sokongan. Saya amat tersinggung apabila kekuatan saya sendiri dianggap sebagai bergantung pada orang lain.
“Ini bukanlah kejatian dan keperibadian diri saya berdekad dalam dunia kewartawanan.” -MYNEWSHUB.CC
Oleh: IZZAT MOHD ANUAR
Tan Sri Zainuddin Maidin – Anwar Memang Musuh Dalam Selimut


