• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 10, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Rumah Terbakar Dipercayai Angkara Khianat

oleh Ahmad Albab
25/02/2018
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Berpantang maut sebelum ajal. Itu yang dapat digambarkan apabila enam sekeluarga terselamat apabila kediaman mereka di Taman Cheras Prima, Kajang dekat sini, terbakar awal pagi ini dipercayai akibat perbuatan khianat.

Dalam kejadian kira-kira 1.50 pagi itu, kesemua mereka yang sedang tidur sempat menyelamatkan diri melalui tingkap di aras dua rumah itu sebelum bomba tiba di lokasi kejadian.

Ketua Cawangan Pengurusan Operasi dan Balai Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor Alimaddia Bukri berkata bagaimanapun ketika cubaan menyelamatkan diri, seorang daripada anggota keluarga itu mengalami kecederaan di bahagian belakang badan.

“Mangsa yang cedera dikenali sebagai Ng Min Jin, 13, dan dihantar ke Hospital Kajang untuk menerima rawatan lanjut,” katanya ketika dihubungi, di sini, hari ini.

Lima lagi yang terselamat merupakan ibu bapa remaja itu, Ng Peng Cheoi, 49, dan Teng Chui Ai, 43, bersama tiga lagi anak mereka ​​​​​​iaitu Ng Min Jun,19, Ng Min Yun,16, dan Ng Min Xuan,14.

Alimaddia berkata pasukan bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Kajang dan Pandan bergegas ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan 1.54 pagi dan kebakaran dapat dikawal kira-kira 2.13 pagi.

Menurutnya, kebakaran berkenaan memusnahkan hampir 80 peratus tingkat bawah rumah teres dua tingkat itu.

Ketua Polis Daerah Kajang ACP Ahmad Dzaffir Mohd Yussof berkata siasatan awal mendapati pintu rumah mangsa telah dikunci dari luar dengan mangga selain kenderaan jenis Nissan Frontier yang diletakkan di luar rumah turut diconteng dengan cat merah.

Katanya, polis masih menyiasat motif kejadian dan memburu individu terlibat dengan kebakaran berkenaan ke­rana melakukan khianat menggunakan api.

Sementara itu, Peng Cheoi berkata beliau berasa lega kerana semua anggota keluarganya terselamat dalam kejadian itu.

Katanya, beliau tersedar daripada tidur setelah terhidu bau asap dari ruang tamu di tingkat bawah rumahnya sebelum mengejutkan kesemua anggota keluarga yang lain.

“Nasib baik saya tidak keluar rumah pada malam itu, kalau keluar tidak tahu apa yang terjadi dengan mereka (keluarga). Saya tidak pernah menerima sebarang ugutan sebelum ini… anak saya yang cedera kini dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU),” katanya ketika dihubungi Bernama. – BERNAMA

Tags: kebakarankhianat
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

‘UMNO-BN Negeri Sembilan Khianat Mandat Rakyat’ – Wanita PKR

‘UMNO-BN Negeri Sembilan Khianat Mandat Rakyat’ – Wanita PKR

29/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Wanita Parti Keadilan Rakyat (PKR) menzahirkan rasa kesal terhadap UMNO Barisan Nasional (BN) Negeri Sembilan yang kerana...

Identiti Lima Sekeluarga Terkorban Dalam Kebakaran Ulu Dong Disahkan

Identiti Lima Sekeluarga Terkorban Dalam Kebakaran Ulu Dong Disahkan

26/02/2026
0

Raub: Polis mengesahkan identiti lima sekeluarga yang terkorban dalam tragedi kebakaran di Kampung Pamah Kulat, Ulu Dong, awal pagi tadi....

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd