• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Dengan Sekali Lafaz, Siti Saerah Sah Bergelar Isteri

oleh
25/02/2018
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

ALHAMDULILLAH… Jutaan tahniah diucapkan buat Siti Nursairah Tarudin dan pasangan, Mohd Sharidan Johari yang telah selamat disatukan sebagai suami isteri dengan sekali lafaz pada Sabtu.

Pasangan dua sejoli itu disatukan kira-kira jam 11 pagi dalam sebuah majlis secara sederhana yang berlangsung di Pusat Antarabangsa Cornerstone, Kuala Lumpur.

Adik kepada penyanyi Datuk Siti Nurhaliza ini terlihat begitu anggun mengenakan persalinan berwarna putih dan diikatakan telah menerima mas kahwin berjumlah RM100 daripada suaminya.

Bagaimanapun, kedua-dua mempelai itu bersepakat untuk tidak mendedahkan jumlah wang hantaran mereka.

Memetik laporan mStar Online, dalam majlis tersebut telah diserikan dengan kehadiran kira-kira 100 orang tetamu yang terdiri daripada ahli keluarga kedua-dua belah pihak pasangan pengantin itu.

Sementara itu, Shahidan yang juga merupakan pengurus kepada Saerah memanjatkan rasa syukur serta menarik nafas lega kerana majlis tersebut berjalan dengan lancar.

“Alhamdulillah saya selamat bergelar suami dengan sekali lafaz pagi tadi. Perasaannya masih gementar dan pada masa yang sama gembira semuanya berjalan lancar.

“Apa yang paling utama adalah tanggungjawab sebagai suami dalam membimbing isteri dan anak-anak pula selepas ini,” ujar Shahidan.

Baca: Adik Siti Nurhaliza, Saerah Kini Tak Hijab, Hangat Cinta?

Terdahulu, Siti Saerah pernah berkahwin dengan Saiful Anuar Ahmad Shafie pada tahun 2010. Namun, kebahagiaan itu hanya sementara dan tidak dapat diselamatkan empat tahun kemudian.

Pasangan ini dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Ummi Umairah, Ahmad Daiyan, dan Ahmad Aisy. – MYNEWSHUB.CC

Tags: Siti Saerah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Adik Siti Nurhaliza, Saerah Kini Tak Hijab, Hangat Cinta?

10/09/2017
0

ADIK kepada penyanyi nombor satu Malaysia, Datuk Siti Nurhaliza Tarudin iaitu Siti Saerah kini dilihat sudah menanggalkan hijab dan dikatakan...

Reaksi Siti Saerah Berhubung Kes Cerainya

03/11/2014
0

Adik kepada penyanyi nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza iaitu Siti Saerah mengambil pendirian untuk berdiam diri berhubung isu dia...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd