ALHAMDULILLAH… Jutaan tahniah diucapkan buat Siti Nursairah Tarudin dan pasangan, Mohd Sharidan Johari yang telah selamat disatukan sebagai suami isteri dengan sekali lafaz pada Sabtu.
Pasangan dua sejoli itu disatukan kira-kira jam 11 pagi dalam sebuah majlis secara sederhana yang berlangsung di Pusat Antarabangsa Cornerstone, Kuala Lumpur.
Adik kepada penyanyi Datuk Siti Nurhaliza ini terlihat begitu anggun mengenakan persalinan berwarna putih dan diikatakan telah menerima mas kahwin berjumlah RM100 daripada suaminya.
Bagaimanapun, kedua-dua mempelai itu bersepakat untuk tidak mendedahkan jumlah wang hantaran mereka.
Memetik laporan mStar Online, dalam majlis tersebut telah diserikan dengan kehadiran kira-kira 100 orang tetamu yang terdiri daripada ahli keluarga kedua-dua belah pihak pasangan pengantin itu.

Sementara itu, Shahidan yang juga merupakan pengurus kepada Saerah memanjatkan rasa syukur serta menarik nafas lega kerana majlis tersebut berjalan dengan lancar.
“Alhamdulillah saya selamat bergelar suami dengan sekali lafaz pagi tadi. Perasaannya masih gementar dan pada masa yang sama gembira semuanya berjalan lancar.
“Apa yang paling utama adalah tanggungjawab sebagai suami dalam membimbing isteri dan anak-anak pula selepas ini,” ujar Shahidan.
Baca: Adik Siti Nurhaliza, Saerah Kini Tak Hijab, Hangat Cinta?
Terdahulu, Siti Saerah pernah berkahwin dengan Saiful Anuar Ahmad Shafie pada tahun 2010. Namun, kebahagiaan itu hanya sementara dan tidak dapat diselamatkan empat tahun kemudian.
Pasangan ini dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Ummi Umairah, Ahmad Daiyan, dan Ahmad Aisy. – MYNEWSHUB.CC