• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, August 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tak Pakai Helmet, Wanita Gigit Tangan Pak Polisi!

oleh
25/02/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

AKIBAT berang disaman kerana tidak memakai topi keledar, seorang wanita telah menggigit tangan anggota polis yang bertugas.

Dikatakan kejadian mengejutkan itu telah berlaku di Ipilo, Utara Sulawesi, Indonesia dan kebetulan sempat dirakam oleh orang awam yang lalu lalang.

Video pelik itu telah mendatangkan kemarahan dan pelbagai reaksi dalam kalangan netizen di Indonesia mahupun di Malaysia sendiri.

Ketika kejadian, anggota polis yang dikenali sebagai Erlangga Hananda Seto telah menahan wanita berkenaan atas kesalahan menungang motosikal tanpa memakai topi keledar.

Disebabkan itu, wanita yang berusia lingkungan 40-an itu telah naik minyak dan dengan bongkaknya dia mengeluarkan beberapa keping wang dari beg tangannya lalu menghentak wang tersebut di dada Erlangga.

“Berapa? 1 juta? Ambil sahaja semua… Mana helmetnya sekarang?” soal wanita itu.

Namun anggota polis berkenaan masih lagi bersabar dan langsung tidak memarahi atau mengasari wanita berkenaan.

Lebih melampau, dia juga telah menolak motosikal yang dinaikinya bertujuan untuk melanggaar anggota berkenaan lalu menggigit tangan lelaki tersebut.

Sekali lagi anggota tersebut masih lagi bersabar walaupun wanita berkenaan telah bertindak secara agresif dan menggigitnya beberapa kali sehingga meninggalkan kesan.

Rata-rata netizen yang menonton vidoe berkenaan telah memuji kesabaran anggota tersebut walaupun diperlakukan dengan kasar sebegitu.

Malah, ramai juga yang mempertikaikan perbuatan wanita tersebut dan menganggap dia sebagai seorang yang memang sengaja tidak mahu mengikut undang-undang.

Namun, terdapat satu video yang juga kini tular mengatakan bahawa wanita itu sedang dalam keadaan tergesa-gesa untuk pergi ke Plaza Matahari Kudus yang telah terbakar sekitar pukul 6:30 pagi sebelum kejadian.

Akibat kebakaran itu, kiosnya turut terbakar dan disebabkan itu dia telah tergesa-gesa untuk ke lokasi kejadian.

Malang pula menyebelahi dirinya apabila dia telah ditahan oleh pihak polis kerana tidak memakai topi keledar.

Dalam masa sama, media di Indonesia tidak menyatakan sebab utama wanita itu mengamuk walaupun terdapat beberapa video menunjukkan bukti kebakaran dan hanya memberi fokus kepada berita anggota polis itu digigit sahaja.

Di dalam video tersebut juga, wanita itu ada menyebut perkaraan ‘kebakaran’ tetapi tidak begitu jelas akibat suasana yang agak bising.

Apa pun tiada laporan lain berkaitan kejadian itu tetapi, sebagai pengguna jalan raya, kita perlu mengikuti segala undang-undang yang telah ditetapkan oleh pihak berkuasa demi keselamatan semua.

Jika berlaku perkara yang tak diingini, siapa yang perlu disalahkan? Diri sendiri ataupun pihak berkuasa yang menahan anda kerana tidak mematuhi peraturan jalan raya? – MYNEWSHUB.CC/AH

Tags: Netizentopi keledar
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Netizen Puji Jersi Baharu Penjaga Gol JDT Cantik Menarik

Netizen Puji Jersi Baharu Penjaga Gol JDT Cantik Menarik

06/08/2026
0

JOHOR BAHRU – Laman Facebook Johor Southern Tigers mencuri perhatian penyokong selepas memperkenalkan jersi baharu penjaga gol kelab bola sepak...

Kebaikan Yang Tidak Perlu Diketahui, “Tapi Post Dalam Facebook” – Netizen

Kebaikan Yang Tidak Perlu Diketahui, “Tapi Post Dalam Facebook” – Netizen

05/08/2026
0

KUALA LUMPUR - Hantaran di media sosial oleh Ahli Parlimen Pakatan Harapan (PH) Bukit Bendera, Syerleena Abdul Rashid berhubung tindakannya...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd