• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, April 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Swafoto Sebelum Belasah Sampai Mati

oleh Ahmad Albab
25/02/2018
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KERALA – Seorang lelaki berusia 27 tahun dibelasah mati 15 penduduk kampung yang juga sempat mengambil swafoto yang disebarkan di Internet kerana dituduh mencuri dalam kejadian yang mencetuskan kemarahan orang ramai.

Satu imej dimuat naik di media sosial menunjukkan seorang lelaki memegang kayu menyoal mangsa, sementara seorang lagi dilihat mengambil swafoto bersamanya.

Ketua polis negeri, Loknath Behera berkata, lelaki dikenali sebagai Madhu ditangkap orang ramai kerana disyaki mencuri sebelum dipukul dengan kejam.

Dia kemudian dibawa ke balai polis, namun pengsan dan meninggal dunia ketika dalam perjalanan.

“Ini jenayah kejam. Masyarakat yang bertamadun tidak boleh menerima perbuatan seumpama ini.

“Kerajaan akan mengambil tindakan tegas terhadap mereka yang bersalah,” kata Ketua Menteri Kerala, Pinarayi Vijayan di Facebook.

Sementara itu, aktivis Dhanya Raman berkata, Madhu pesakit mental yang sering dilihat berkeliaran di kawasan itu sejak lebih setahun lalu.

Pada masa sama, polis berkata, Madhu memang sering mencuri makanan, malah pernah ditangkap melakukannya di sebuah kedai.

Ibunya Malliamma berkata, anaknya hidup gelandangan, malah pernah tinggal di dalam gua, tetapi menafikan Madhu pencuri. – Agensi/myMetro Online

*Video sekadar hiasan…

Tags: pukulSwafoto
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Lelaki Pukul, Ugut Bekas Tunang Direman 4 Hari

Lelaki Pukul, Ugut Bekas Tunang Direman 4 Hari

01/10/2025
0

Ampang Jaya: Lelaki ditahan selepas memukul dan mengugut ingin menikam bekas tunangnya di sebuah rumah di Taman Bukit Indah, di...

Remaja Dipercayai Pukul Warga Emas Dengan Cota Hingga Maut

Remaja Dipercayai Pukul Warga Emas Dengan Cota Hingga Maut

20/06/2025
0

Tanah Merah: Lelaki warga emas maut dipercayai dipukul dengan sebatang besi cota di Kampung Buloh, Ipoh, di sini, semalam. Mangsa,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd