• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

KTMB Bertindak Lelaki Ceroboh, Maki Di Koc Wanita

oleh Ahmad Albab
25/02/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) sedang meneliti semula tatacara pengoperasian Koc Wanita bagi menjamin dan memastikan ia digunakan khas untuk wanita sahaja.

Ketua Pegawai Eksekutif KTMB, Mohd Rani Hisham Samsudin berkata usaha bersama Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) itu antara langkah dilaksanakan untuk didik dan beri kesedaran kepada orang ramai berkaitan etika penggunaan koc khas itu.

Beliau berkata Polis Bantuan KTMB dengan kerjasama SPAD juga telah memulakan Operasi Penguatkuasaan dan Kempen Kesedaran Koc Wanita bermula 22 Februari lepas bagi membanteras isu pencerobohan Koc Wanita.

“Selain daripada usaha pemerkasaan Koc Wanita yang sentiasa dijalnkan oleh KTMB, saya menyeru orang ramai agar dapat membantu dan menyokong KTMB dengan memperingati antara satu sama lain tentang kepentingan dan sensitiviti kos khas ini untuk keselesaan bersama,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Terbaru, tular di media sosial kes seorang wanita yang dihamun dengan kata-kata kesat oleh segolongan lelaki apabila ditegur menceroboh Koc Merah Jambu atau Koc Wanita dalam perkhidmatan KTM komuter.

KTM Berhad melalui perkhidmatan tren KTM Komuter telah memperkenalkan Koc Wanita pada April 2010 bertujuan memberi keselesaan dan keselamatan untuk golongan wanita sebagai pengguna perkhidmatan tersebut.

Mohd Rani berkata dalam usaha mendidik dan memberi kesedaran kepada orang ramai mengenai etika penggunaan koc khas itu, KTMB telah membuat pemantauan secara berkala dalam tren dan di stesen-stesen oleh pegawai dan Polis Bantuan KTMB.

Dua Koc Wanita dalam set-set tren KTM Komuter juga mempunyai pelekat ikon wanita berwarna merah jambu dengan perkataan ‘Wanita Sahaja’, selain pengumuman secara berkala dalam tren dan di stesen-stesen sebagai pemakluman kepada para penumpang,katanya.

Platform penumpang juga telah disediakan ruang menunggu khas dengan kerusi berpelekat ikon wanita di Stesen KL Sentral pada masa ini dan akan datang di stesen-stesen utama yang lain, ruang beratur berpelekat ikon wanita dan papan tanda ruang menunggu khas untuk wanita, katanya.

Selain itu, menurut Mohd Rani, hebahan melalui medium cetak (suratkhabar, majalah, poster) dan elektronik (media sosial, televisyen dan radio) turut dilakukan. – BERNAMA

Tags: KTMBSPAD
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

KTMB Gagalkan Cubaan Curi Kabel Di Laluan Kempas Baru-Kulai

KTMB Gagalkan Cubaan Curi Kabel Di Laluan Kempas Baru-Kulai

21/02/2026
0

JOHOR BAHRU: Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) berjaya menggagalkan cubaan mencuri kabel sepanjang kira-kira 250 meter di laluan Kempas Baru–Kulai...

KTMB Sedia 8 ETS Tambahan Sempena Tahun Baharu Cina, AidilfitriTahun Baharu Cina, Aidilfitri

KTMB Sedia 8 ETS Tambahan Sempena Tahun Baharu Cina, AidilfitriTahun Baharu Cina, Aidilfitri

04/02/2026
0

KUALA LUMPUR: Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) akan menyediakan lapan perkhidmatan tren elektrik tambahan (ETS) sempena Tahun Baharu Cina dan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd