• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, August 13, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Trump Cadang Guru Bawa Senjata Api Di Sekolah

oleh Ahmad Albab
25/02/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

WASHINGTON – Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump bercadang untuk membekalkan senjata api kepada guru bagi menangani kejadian tembakan rambang di sekolah di negara itu.

Beliau berkata demikian pada pertemuan dengan mangsa yang terselamat dalam kejadian tembakan yang mengorbankan 17 mangsa di sebuah sekolah tinggi di Florida baru-baru ini.

Pada masa sama, Trump berjanji untuk memperketatkan pemeriksaan latar belakang pemilik senjata api, selepas berkongsi kesedihan yang ditanggung keluarga mangsa dan pelajar yang berjaya melarikan diri dalam insiden itu.

“Sekiranya anda mempunyai seorang guru yang mahir dalam mengendalikan senjata api, mereka mampu menamatkan serangan dengan segera.

“Namun, ia hanya untuk mereka yang benar-benar mahir mengendalikan senjata,” kata Trump yang mencadangkan kira-kira 20 peratus daripada guru sekolah dilatih untuk membawa senjata yang disembunyikan.

Pertemuan di Rumah Putih yang disiarkan secara langsung menerusi televisyen itu diadakan susulan bantahan jalanan termasuk daripada pelajar sekolah di seluruh negara.

Peserta bantahan mendesak undang-undang pemilikan senjata api lebih ketat susulan kematian 14 pelajar dan tiga guru Sekolah Tinggi Marjory Stoneman Douglas di Parkland, Florida, baru-baru ini. – AFP/myMetro Online

Tags: Amerika SyarikatGuru
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Tunku Mahkota Ismail Terima Menghadap Dr. Omar Suleiman

Tunku Mahkota Ismail Terima Menghadap Dr. Omar Suleiman

31/07/2026
0

JOHOR BAHRU - Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail berkenan menerima menghadap Dr. Omar Suleiman hari ini. Menurut laman media...

Jika Perdana Menteri Bukan Anwar, Saya Boleh Katakan Hari Ini USD1=RM5 – Arul Kumar

Jika Perdana Menteri Bukan Anwar, Saya Boleh Katakan Hari Ini USD1=RM5 – Arul Kumar

18/06/2026
0

SEREMBAN - Nilai ringgit hari ini RM5 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) jika Perdana Menteri Malaysia bukan Datuk Seri Anwar...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd