• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PRU14: Perebutan Undi Melayu Dijangka Sengit

oleh AK-47
24/02/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Perebutan undi Melayu pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14) dijangka sengit dan akan dimenangi oleh parti yang mempunyai gerak kerja terkuat di akar umbi, kata Timbalan Pengerusi Majlis Profesor Negara (MPN) Prof Datuk Dr Shamsul Amri Baharuddin.

Beliau berkata berdasarkan landskap politik semasa, ada empat parti yang akan bertarung untuk undi Melayu iaitu UMNO, PAS, Parti Amanah Negara (Amanah) dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) namun hanya UMNO dan PAS mempunyai akar umbi yang kukuh.

“…sehebat manapun seseorang pemimpin itu tetapi tanpa grassroot atau akar umbi yang boleh bergerak sukar untuk mereka mendapatkan sokongan.

“Ini kerana mereka di peringkat akar umbilah yang akan menjalankan kerja-kerja berkempen dan berada dekat dengan pengundi dan ini memainkan peranan penting dalam menentukan undi yang akan diperoleh,” katanya dalam satu sesi pada ‘Perbincangan Meja Bulat Pra PRU14: BN Kekal Atau…??’, di sini hari ini.

Sesi yang bertajuk ‘BN vs PH vs PAS: Siapa Untung, Siapa Penentu’ dikendalikan oleh Penolong Ketua Pengarang 1 Utusan Malaysia Datuk Zaini Hassan turut menampilkan Ketua Penerangan PPBM Datuk Kamarudin Md Nor dan Pengarah Pusat Penyelidikan PAS Dr Mohd Zuhdi Marzuki selaku ahli panel.

Mengulas isu itu, Kamarudin berkata kepesatan teknologi maklumat dan media baharu menjadikan persaingan merebut undi Melayu agak rumit memandangkan rakyat, baik di kawasan bandar mahupun luar bandar, berpeluang menerima maklumat yang sama dalam tempoh singkat.

Ini katanya membantu pengundi bandar dan luar bandar membentuk pemikiran yang mungkin serupa.

“Cuma isunya sekarang ialah sama ada Melayu bersedia untuk berubah kerana kebanyakan kajian oleh penganalisis mendakwa masyarakat Melayu terutama luar bandar tidak bersedia mengambil risiko itu,” katanya.

Sementara itu Mohd Zuhdi pula berpandangan badan-badan bukan kerajaan (NGO) Melayu akan memainkan peranan penting dalam menentukan arah undi Melayu pada PRU14, sekali gus membentuk ‘tsunami Melayu’.

Katanya pandangan itu bersandarkan senario pada 2013 apabila NGO Cina menjadi penentu undi kaum tersebut.

Perbincangan meja bulat itu yang dianjurkan MPN bertujuan mengupas isu-isu nasional dan tempatan menjelang PRU14 serta melihat pola pengundian dan menilai peluang BN, Pakatan Harapan dan PAS pada pilihan raya tersebut. – BERNAMA

Tags: Datuk Dr Shamsul Amri Baharuddin.PRU14
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

DAP Dedah Pertemuan Kit Siang Dengan Kem UMNO Anti-Najib Sebelum PRU14

DAP Dedah Pertemuan Kit Siang Dengan Kem UMNO Anti-Najib Sebelum PRU14

19/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Pengarah Strategik DAP mengimbas strategi Pakatan Harapan (PH) menumbangkan kerajaan Barisan Nasional (BN) pimpinan Datuk Seri Najib...

Selesai Isu Kemelut Politik Pasca PRU14 Bukti Kewibawaan Agong Payungi Negara

Selesai Isu Kemelut Politik Pasca PRU14 Bukti Kewibawaan Agong Payungi Negara

27/01/2024
0

KUALA LUMPUR: Kebijaksanaan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menangani kemelut politik pasca-Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14)...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd