• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

JKKK Penting Tarik Rakyat Majukan Luar Bandar

oleh AK-47
22/02/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KENINGAU – Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) merupakan entiti yang amat penting untuk menarik penglibatan rakyat dalam memajukan luar bandar, kata Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Musa Aman.

Sehubungan itu, beliau berkata, kerajaan terus komited untuk memperkukuhkan JKKK khususnya dalam aspek kepimpinan dan kecekapan tadbir urus kampung.

“Sejak penubuhannya pada tahun 1962, peranan dan fungsi JKKK terus berkembang sehingga ke hari ini sebagai mata dan telinga, serta penghubung antara kerajaan dengan rakyat,” katanya pada Majlis Penutupan Program Sijil Tadbir Urus Desa JKKK Zon Sabah, Fasa 3 Siri 1/2018 di sini, hari ini.

Teks ucapan Musa disampaikan oleh Timbalan Ketua Menteri, Tan Sri Joseph Pairin Kitingan.

Program pertama bagi negeri Sabah itu dianjurkan oleh Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW), dengan kerjasama Institut Kemajuan Desa (INFRA) dan Universiti Kuala Lumpur (UniKL) selama dua hari itu disertai seramai 450 Pengerusi JKKK bagi di seluruh kawasan Pedalaman Atas.

Mengenai majlis itu, Musa berkata kerajaan negeri sentiasa menghargai dan menyokong segala usaha dan program berterusan KKLW dalam melaksanakan pelbagai inisiatif bagi memastikan kepimpinan desa diberi latihan untuk meningkatkan kecekapan mengurus tadbir kampung.

Katanya, selain program-program latihan yang dikelola dibawah KKLW melalui INFRA, kerajaan negeri secara berterusan melaksanakan pelbagai program yang sama untuk meningkatkan kompetensi JKKK dan Jawatankuasa Kemasyarakatan Dalam Bandar (JKDB) seperti kursus Pengurusan dan Pentadbiran JKKK dan JKDB.

“Modul-modul yang disediakan seperti panduan pentadbiran JKKK dan JKDB, pengurusan mesyuarat dan info desa, isu alam sekitar, kesihatan, pentadbiran daerah, integriti pemimpin masyarakat serta peranan dan tanggungjawab Ketua Kampung amat relevan dengan keadaan semasa,” katanya.

Musa berkata, program yang ditawarkan itu merupakan peluang yang terbaik dan memberi nilai tambah kepada program latihan sedia ada yang telah diikuti oleh pengerusi JKKK.

Beliau menjelaskan selain mendapat ilmu tambahan dan kemahiran mengurus dan mentadbir kampung, program itu mempunyai nilai yang sangat tinggi kerana sijilnya dianugerahkan oleh UniKL yang merupakan salah sebuah universiti terkenal di negara ini.

“Ini adalah bukti kepercayaan dan keyakinan tinggi kerajaan kepada JKKK dalam menjalankan fungsi dan peranan sebagai mata dan telinga kerajaan di peringkat akar umbi,” tambahnya. – BERNAMA

Tags: Tan Sri Musa Aman
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Musa Tidak Didakwa Pada 2012 Kerana Kes Dana Politik

09/11/2018
0

PUTRAJAYA - Pejabat Peguam Negara memutuskan untuk tidak meneruskan pendakwaan terhadap bekas Ketua Menteri Sabah Tan Sri Musa Aman pada...

Musa Aman Akan Cabar Keputusan Mahkamah

07/11/2018
0

KOTA KINABALU - Bekas Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Musa Aman akan merayu terhadap keputusan oleh Mahkamah Tinggi di sini...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd