• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PKNP FC Mahu Tamat Episod Kalah Berdepan KL

oleh AK-47
22/02/2018
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Pendatang baharu Liga Super 2018, PKNP FC mahu menamatkan episod kekalahan ketika melayani kunjungan Kuala Lumpur pada aksi keempat liga di Stadium Negeri Pulau Pinang di Batu Kawan, Ahad ini.

Pengendali PKNP FC, Abu Bakar Fadzim berkata skuad bimbingannya optimis untuk bangkit mencipta kemenangan bagi menamatkan aksi hambar selepas mencatat dua kekalahan berturut-turut sebelum ini ketika berdepan juara bertahan, Johor Darul Ta’zim (JDT) dan Kedah.

Beliau berkata barisan pemainnya sudah bersedia mengekang ancaman Kuala Lumpur, namun menjangkakan satu perlawanan yang sukar memandangkan juara Liga Perdana musim lalu itu dilihat sudah mula mendapat sentuhan selepas mencipta kejutan menewaskan JDT 1-0 baru-baru ini.

“Kuala Lumpur adalah sebuah pasukan yang hebat dan mempunyai kekuatan tersendiri. Mereka juga merupakan pasukan berdaya saing tinggi, namun tidak banyak bezannya jika dibandingkan dengan pasukan kami.

“Kami turun pada aksi itu untuk elak daripada terus mencatat kekalahan dan meraih tiga mata tetapi mereka (Kuala Lumpur) yang masih segar dengan kejayaan ke atas JDT baru-baru ini sudah pasti memberi tentangan sengit,” katanya kepada Bernama hari ini.

Dalam pada itu, bekas pemain Perak dan Perlis itu mengesahkan kapten pasukannya, Muhammad Shahrel Fikri Md Fauzi akan kembali beraksi selepas direhatkan hampir empat bulan akibat kecederaan pangkal paha.

Beliau berkata kehadiran semula penyerang berusia 23 tahun itu yang meledak 20 gol dalam semua pertandingan musim lalu, mampu memberikan impak positif kepada pasukan.

“Setakat ini, beliau (Shahrel) hampir pasti diturunkan. Kelibat beliau di atas padang sudah tentu akan menambah aura pasukan selain menaikkan semangat pemain,” jelasnya.

Selepas mengharungi tiga aksi pertama liga, PKNP kini berada di kedudukan kedua tercorot dengan mengumpul tiga mata selepas hanya mencatat satu kemenangan ketika berdepan Negeri Sembilan pada aksi pembukaan, awal bulan ini. – BERNAMA

Tags: PKNP FC
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kesilapan Mudah Punca PKNP Tewas

19/07/2018
0

IPOH - Kesilapan mudah selain bahagian serangan yang buntu menghasilkan jaringan menjadi punca PKNP tewas 0-1 kepada PKNS FC, kata...

Perak Bangkit Catat Kemenangan Dramatik

27/05/2018
0

KUALA LUMPUR - Pertemuan Liga Super ‘adik abang’ antara Perak dengan Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNP FC) berlangsung sengit dan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd