• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Warga Emas Kemalangan Kereta Dipandu Rempuh Bank

oleh Ahmad Albab
20/01/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PETALING JAYA – Sebuah kereta yang dipandu lelaki berusia 70 tahun merempuh masuk ke dalam sebuah bank di Damansara Uptown, petang Ahad, memecahkan dinding kaca, sebelum melanggar dinding di sebelah mesin ATM bank itu.

Pegawai Turus Jabatan Ketenteraman Awam dan Trafik Negeri, Deputi Superintendan Mohamad Roy Suhaimi Sarif berkata lelaki itu, seorang pegawai tentera bersara, baharu sahaja selesai membuat transaksi di bank CIMB di Jalan SS 21/35 kira-kira pukul 7.30 malam.

Lelaki itu masuk ke dalam kereta Perodua Kelisa yang diletakkan betul-betul di hadapan bank dan mahu mengundurkan keretanya.

“Bagaimanapun, dia tidak sedar bahawa dia telah meletakkan gear kereta dalam keadaan ‘memandu’ dan berfikir bvahawa dia sedang menekan brek walaupun dia sebenarnya menekan minyak,” kata Mohamad Roy.

Kesilapan tersebut menyebabkan keretanya memecut sehingga ke bahagian kaki lima dan merempuh dinding kaca sebuah bank.

Kereta itu berhenti selepas melanggar dinding di belakang bank.

“Tidak ada seorang pun berada di dalam bank pada masa itu dan tidak ada kerosakan mesin ATM. Dia hanya melanggar ‘booth’ kayu di sebelah dinding kaca.

“Pengurusan bank membuat laporan pada pagi Isnin dan kami telah memutuskan untuk hanya mengeluarkan saman terhadap lelaki itu. – mStar Online

https://www.youtube.com/watch?v=FqS9fQcqInw

Tags: kemalangan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pemandu Van Didakwa Selepas Murid Tahun Dua Maut Dirempuh, Mengaku Tidak Bersalah

Pemandu Van Didakwa Selepas Murid Tahun Dua Maut Dirempuh, Mengaku Tidak Bersalah

08/05/2026
0

BATU PAHAT – Seorang pemandu van didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan memandu secara melulu sehingga...

Penunggang Motosikal Cedera Parah, Bahu Tertusuk Besi

Penunggang Motosikal Cedera Parah, Bahu Tertusuk Besi

07/05/2026
0

Oleh Mynewshub MENTAKAB – Seorang penunggang motosikal dipercayai pelajar sekolah mengalami kecederaan serius selepas terbabit dalam kemalangan jalan raya sehingga...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd