• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Harris Alif Tinggalkan Sekolah Demi Dunia Lakonan

oleh Ahmad Albab
21/01/2015
dalam Artis
0
Share on FacebookShare on Twitter

PETALING JAYA – Pelakon drama bersiri Istikarah Cinta, Harris Alif mengambil keputusan untuk meneruskan pelajarannya di tingkatan empat secara ‘home schooling’ (pembelajaran di rumah) bermula awal tahun ini.

Harris atau nama sebenarnya Nor Harris Alif Nor Rashidi, 16, berkata, dia memilih untuk belajar dari rumah kerana menyedari tidak dapat memberikan komitmen sepenuhnya jika belajar di sekolah biasa ekoran aktiviti lakonan dan nyanyiannya yang padat.

“Jika saya terus bersekolah di sekolah biasa pasti pembelajaran saya terganggu kerana terpaksa ponteng sekolah selain akan menyusahkan banyak pihak dan sebab itu saya pilih ‘home schooling’.

“Biarpun ramai yang tidak menggunakan kaedah ini ia sebenarnya lebih fleksibel mengikut jadual saya dan akan ada guru datang ke rumah untuk mengajar,” katanya kepada mStar Online.

Harris yang juga juara program Idola Kecil 3 pada 2010 sebelum ini bersekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Desa Minium, Seri Kembangan dekat sini sehingga tingkatan tiga.

Dalam pada itu, Harris berkata, ibu bapa menyokong tindakannya itu dengan syarat dia perlu memastikan mengikut dan memberi tumpuan kepada pembelajaran di rumah.

Malah dia memilih untuk mengikut program pembelajaran dari sebuah sekolah antarabangsa iaitu Alice Smith School.

“Bukan bererti saya tinggalkan sekolah saya tidak pentingkan pelajaran dan sebab itu saya pilih untuk belajar dari rumah dan guru akan datang sebanyak tiga kali seminggu dengan masa tertentu,” katanya.

Sementara itu, Harris berkata, dia tidak pernah menyangka akan aktif sebagai pelakon memandangkan dia bermula sebagai penyanyi.

Namun dia terbuka untuk mencuba apabila diberi peluang dan mengakui semakin selesa berada di set penggambaran.

“Saya masih baharu sebagai pelakon dan tidak sangka banyak diberi peluang dan diberi pelbagai peranan.

“Pun begitu saya tidak cepat selesa kerana masih banyak perlu dipelajari untuk menjadi lebih baik pada masa hadapan,” katanya.

Bagaimanapun kata Harris, dia tidak pernah melupakan bidang nyanyian dan memberitahu akan muncul dengan single terbaharu pada tahun ini.

“Nyanyian masih cinta pertama saya walaupun kini saya dilihat lebih ke depan sebagai pelakon dan Insya-Allah saya akan muncul dengan single terbaharu,” jelasnya.

Dalam perkembangan lain, Harris kini sedang menjalani penggambaran drama bersiri berjudul Emma Emiliana musim ketiga dan selain program Ci Ca Ca untuk Astro Ceria. – mStar Online

https://www.youtube.com/watch?v=ll-0mkfrj68

Tags: Artispelakon
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pelakon Jalil Hamid Meninggal Dunia Pada Usia 69 Tahun

Pelakon Jalil Hamid Meninggal Dunia Pada Usia 69 Tahun

04/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Pelakon, penyanyi dan pelawak tanah air, Jalil Hamid, 69, meninggal dunia dalam tidur di rumahnya tengah hari...

Pelakon Veteran Dharma Harun Al Rashid Meninggal Dunia

Pelakon Veteran Dharma Harun Al Rashid Meninggal Dunia

26/11/2025
0

KUALA LUMPUR – Pelakon era 1980-an, Dharma Harun Al Rashid, meninggal dunia berseorangan di kediamannya pada jam 9.10 malam, Selasa....

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd