• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, June 4, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tindakan Tegas Pihak Salah Guna Kotak YBUDR

oleh Ahmad Albab
22/02/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

IPOH – Kerajaan negeri akan mengambil tindakan tegas terhadap pihak tidak bertanggungjawab yang cuba menyalahgunakan pengagihan bantuan kotak makanan Yayasan Bina Upaya Darul Ridzuan (YBUDR).

Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata tindakan itu dianggap memalukan, selain dilihat sengaja mencemarkan imej kerajaan negeri pada mata umum.

“Jika ada sesiapa menyalahgunakan pemberian ini, sila beritahu kepada saya dan saya akan ambil tindakan. Ia perlu diambil maklum kerana bantuan tersebut kita berikan khas hanya untuk golongan kurang berkemampuan,” katanya ketika berucap pada program di Dewan Serbaguna Sri Desa Rishah Buntong 5, di sini, hari ini.

Dalam program sama, sebanyak 180 kotak YBUDR diserahkan kepada mereka yang memerlukan, selain turut disampaikan bantuan pelajaran kepada 82 penerima daripada keluarga berpendapatan rendah berjumlah RM 15,300.

Beliau berkata kerajaan negeri sentiasa menitikberatkan kualiti makanan yang disumbangkan selain memastikan ia mengandungi zat dan tidak melebihi tarikh luput.

Dalam perkembangan berkaitan, Zambry turut menegaskan kerajaan negeri akan terus memberi perkhidmatan terbaik kepada masyarakat pelbagai golongan walaupun ada pihak mempertikaikan gerak kerja yang dilaksanakan.

“Sebagai pemimpin, kita kena laksanakan semua kerja yang diamanahkan. Oleh itu, selepas pilihan raya yang lepas, kita juga telah memperbanyakkan kerja turun ke bawah dan bukan duduk sahaja di atas tanpa cuba memahami situasi sebenar yang ditempuhi rakyat,” katanya. – BERNAMA

Tags: bantuanDatuk Seri Dr Zambry Abd Kadir
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Tak Bolehkah Sementara Bantu Anak Melayu Bumiputera Kita Bantu Juga Anak Kita Yang Lain? – PM Anwar

Tak Bolehkah Sementara Bantu Anak Melayu Bumiputera Kita Bantu Juga Anak Kita Yang Lain? – PM Anwar

23/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bantuan kepada rakyat tidak seharusnya dilihat dari sudut kaum semata-mata,...

“Saya Akan Dapatkan Maklumat Daripada Pihak UM” – Zambry

“Saya Akan Dapatkan Maklumat Daripada Pihak UM” – Zambry

16/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) akan mendapatkan maklumat daripada Universiti Malaya (UM) berhubung isu adegan ranjang dalam sebuah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd