• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

44 Maut Kemalangan Bas 2 Tingkat Di Peru

oleh Ahmad Albab
22/02/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

LIMA – Sekurang-kurangnya 44 penumpang maut, selepas bas dua tingkat yang dinaiki terbabas lalu menjunam ke kawasan pergunungan di selatan Peru, semalam.

Bas terbabit dilaporkan terjunam kira-kira 80 meter di kawasan cerun bergerigi dari Lebuh Raya Pan-Amerika, iaitu lebuh raya utama di Peru, yang terletak di selatan wilayah Arequipa.

“Ketua Polis Arequipa, Jeneral Walter Ortiz mengesahkan 44 mangsa terbunuh,” kata Kementerian Dalam Negeri dalam mesej di akaun Twitternya.

Terdahulu, Ortiz dilaporkan berkata, 45 penumpang menaiki bas berkenaan tetapi Kementerian Dalam Negeri mendakwa jumlah itu tidak sepadan dengan jumlah mangsa yang maut atau cedera.

Bagaimanapun, perkhidmatan bas antara wilayah di Peru sering mengambil dan menurunkan penumpang sepanjang laluan dan ia dipercayai menyebabkan wujud percanggahan pada senarai penumpang asal.

Di sebalik kekeliruan itu, pihak berkuasa tidak mendedahkan jumlah mangsa yang cedera, dan sama ada pemandu adalah antara mangsa yang terkorban.

Kejadian dipercayai berlaku pada jam 1.30 pagi (waktu tempatan).

Bas yang dikendalikan oleh Rey Latino itu dilaporkan berlepas dari bandar Chala menuju ke Arequipa kira-kira empat jam sebelum kejadian.

Semua mangsa yang cedera dibawa di hospital di Camana, iaitu kira-kira 57 kilometer dari lokasi kemalangan berhampiran bandar Ocona.

Sementara itu, Presiden Peru, Pedro Pablo Kuczynski menyampaikan ucapan takziah kepada keluarga mangsa menerusi akaun Twitter miliknya.

“Semua prosedur sudah diaktifkan bagi memberi sokongan segera kepada usaha menyelamat dan memindahkan mangsa ke pusat kesihatan berhampiran,” katanya.

Insiden ini adalah yang kedua terburuk berlaku di Peru, selepas kemalangan pada 2 Januari lalu mengorbankan 52 penumpang bas. – AFP/BH ONLINE

*Video sekadar hiasan…

Tags: kemalangan basPeru
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Polis Peru Selamatkan 123 Wanita, Gadis Daripada Eksploitasi Seksual

Polis Peru Selamatkan 123 Wanita, Gadis Daripada Eksploitasi Seksual

09/02/2025
0

LIMA: Polis Peru menyelamatkan 123 wanita dan kanak-kanak perempuan yang dieksploitasi secara seksual oleh sebuah geng Venezuela yang berkuasa, menurut...

Lelaki Peru Bawa 95 Ketulan Kokain Dalam Perut

Lelaki Peru Bawa 95 Ketulan Kokain Dalam Perut

20/05/2024
0

SHAH ALAM - Penahanan seorang lelaki warga Peru di Balai Ketibaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), di Sepang membongkar...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd