• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tanah Ijok: MIC Cabar Azmin Dedah Penerima Pampasan

oleh AK-47
22/02/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Pemuda MIC Kebangsaan hari ini mencabar Menteri Besar Selangor Datuk Seri Mohamed Azmin Ali untuk mendedahkan senarai nama dan jumlah pampasan diterima peneroka yang terlibat dalam penjualan tanah di Ijok, Kuala Selangor.

Ketua Penerangannya P. Punithan juga mahu Mohamed Azmin menjelaskan kedudukan baki hasil penjualan tanah tersebut jika peneroka hanya menerima RM421.4 juta daripada RM1.18 bilion yang diperoleh daripada jualan.

“Tanah berkeluasan 879.4 hektar (2,198.4 ekar) itu dijual dengan harga RM1.18 bilion, namun 981 peneroka yang terlibat hanya dibayar RM421.4 juta sahaja sebagai pampasan oleh dua syarikat swasta terbabit, justeru baki RM758.6 juta masih menjadi tanda tanya.

“Nilai pampasan yang diberi juga adalah berdasarkan nilai tanah itu pada tahun 2000 walaupun ia dijual pada tahun 2014. Adakah nilai pampasan yang diberikan ini adil kepada peneroka?” katanya dalam satu kenyataan di sini.

Punithan turut mempersoalkan tindakan kerajaan negeri yang tidak menjual secara terus sebaliknya menyerahkan tanah tersebut kepada dua syarikat swasta terbabit yang kemudian menjualnya kepada syarikat awam.

Semalam, Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Tan Sri Noh Omar dilapor mempersoalkan sikap lepas tangan Mohamed Azmin yang menyerahkan sepenuhnya kuasa rundingan penjualan tanah tersebut kepada syarikat pemaju terlibat sedangkan ia sewajarnya dilakukan oleh kerajaan negeri.

Noh berkata bayaran pampasan sebanyak RM180,000 dan sebuah rumah bernilai RM250,000 bagi setiap 980 peneroka itu tidak sepadan memandangkan syarikat pemaju tersebut mengaut keuntungan apabila menjual tanah kepada pihak ketiga pada harga RM1.18 bilion mengikut nilai hartanah semasa.

Sebelum ini, Pengarah Komunikasi Strategik Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan turut mendesak Mohamed Azmin memberi penjelasan berhubung apa yang disifatkan beliau tindakan tergesa-gesa kerajaan negeri menyerahkan tanah itu kepada dua syarikat terbabit pada 2016. – BERNAMA

Tags: Datuk Mohamed Azmin Ali
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Azmin Ali Pergi Mana?

26/12/2021
0

PERKARA ini paling sukar untuk dipercayai. Sangat-sangat sukar. Lebih sukar untuk dipercayai berbanding teori "Flat Earth". Jika kisah piramid dibina...

PKR Perak Minta Azmin Muhasabah Diri

29/12/2018
0

IPOH - PKR negeri Perak menyeru Timbalan Presiden, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali agar bermuhasabah diri dan menerima pelantikan individu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd