Sunday, January 26, 2025

Creating liberating content

Najib Komen Kompaun RM10,000...

NAJIB KOMEN KOMPOUN RM10K TERHADAP ORANG RAMAI

Terima Kasih Kerajaan Malaysia...

KUALA LUMPUR - Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz...

Hutang Negara Termasuk Liabiliti...

PUTRAJAYA - Negara kini berdepan bebanan hutang sebanyak RM1.2 trilion dan jumlahnya mampu...

Pengasuh Taska Dera &...

KEJAM lagi tidak berperikemanusian, itulah yang berlaku terhadap beberapa kanak-kanak di sebuah taska...

Azmin Ali Pergi Mana?

PERKARA ini paling sukar untuk dipercayai. Sangat-sangat sukar. Lebih sukar untuk dipercayai berbanding teori “Flat Earth”.

Jika kisah piramid dibina “Alien” payah dihadam, apa dikatakan tentang DS Mohamed Azmin Ali jauh lebih sulit untuk diyakini.

Adakah patut Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Industri itu dikatakan telah ke Dubai. Ini amat tidak masuk akal.

Mana mungkin bekas tokoh kerajaan Pakatan Harapan (PH) dan Perikatan Nasional (PN) sanggup meninggalkan rakyat dalam kesusahan.

Beliau malah menteri yang banyak bukti bergambar menyapu sampah, mencuci lantai, menyodok tanah di depan mahupun belakang.

Mohamed Azmin kini rakan baik PAS. Bukankah bersama PAS adalah Islamik. Pemimpin Islamik tidak akan melakukan perbuatan demikian.


Dan mana mungkin Mohamed Azmin berani melanggar ketetapan Perdana Menteri kerajaan Keluarga Malaysia, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Iaitu semua Menteri Kabinet perlu berada di Malaysia bagi membantu puluhan ribu mangsa yang sedang terjejas teruk akibat banjir.

Setiap arahan Perdana Menteri perlu dipatuhi. Perdana Menteri yang teratas dalam Kabinet. Ketetapannya sama sekali tidak boleh ‘dibuat bodoh’.

Kecuali sememangnya boleh ‘dibuat bodoh’, maka wallahualam bissawab. Kerajaan jenis apakah ini?

Justeru, dakwaan Mohamed Azmin telah ke Dubai oleh seorang pengguna Twitter menggunakan akaun “pemerhati berkecuali” agak memeranjatkan.

Seharusnya Mohamed Azmin tampil menjawab perkara itu dan kemudian kita lihat apa tindakan Perdana Menteri seterusnya.

Kategori