• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kedah Rancang Baik Pulih Bazar Melayu Empire

oleh Ahmad Albab
19/01/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

ALOR SETAR – Kedah bercadang untuk membaik pulih prasarana di Bazar Melayu Empire yang berusia 30 tahun dan terletak di tengah-tengah bandar raya ini untuk dijadikan sebagai satu daripada produk pelancongan terbaharu.

Exco Kerajaan Tempatan, Bekalan Air, Sumber Air dan Tenaga, Perumahan dan Pembangunan Insan Kelantan, Datuk Badrul Hisham Hashim berkata, sebanyak RM100,000 diperuntukkan kerajaan negeri untuk membangunkan semula bazar tersebut.

Beliau berkata keadaan di kawasan itu yang tidak selesa, usang, kebocoran saluran air serta longkang yang tidak diselenggara dengan baik, merupakan punca pengunjung tidak lagi datang ke bazar itu.

Katanya perbincangan dengan Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) akan dibuat dalam tempoh terdekat bagi membolehkan proses mengindahkan bazar tersebut dilakukan dengan segera.

“Ada 24 lot kedai di bazar itu yang menjual pelbagai jenis barangan dan ia sama seperti bazar di Masjid India dan Jalan Petaling di Kuala Lumpur,” kata Badrul Hisham pada sidang media ketika melakukan lawatan di bazar tersebut hari ini.

Sementara itu, Pengerusi Pertubuhan Usahawan Melayu Kedah Tamrin Abd Karim berkata bazar itu tidak diselenggara dengan baik sejak 15 tahun lepas menyebabkan kekurangan pengunjung.

Beliau berkata keadaan itu agak menyedihkan apabila bazar yang popular sebelum ini semakin tidak terurus menyebabkan peniaga tidak dapat menjana keuntungan seperti sebelum ini.

“Syukurlah sebab dah lama minta pihak bertanggungjawab naik taraf bazar ini. Hari ini Exco dengar rintihan kami dan beliau turun padang beri harapan yang tinggi kepada peniaga bazar di sini,” katanya. – BERNAMA

Tags: Kedah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Selangor, Pulau Pinang Membangun Kerana Pentadbiran Negeri Melibatkan DAP – Teh Swee Leong

Selangor, Pulau Pinang Membangun Kerana Pentadbiran Negeri Melibatkan DAP – Teh Swee Leong

09/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Seorang pemimpin DAP mendakwa negeri yang mempunyai penglibatan parti itu dalam pentadbiran kerajaannya menunjukkan pembangunan ekonomi yang...

Kedah Catat 43 Kes Buli, 90 Kes Rogol Babitkan Pelajar Sekolah

Kedah Catat 43 Kes Buli, 90 Kes Rogol Babitkan Pelajar Sekolah

11/01/2026
0

Alor Setar: Sebanyak 43 kes buli direkodkan di Kedah sepanjang 2025, meningkat mendadak berbanding hanya 10 kes pada 2024. Ketua...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd