• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 23, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

3 Sekeluarga Didakwa Bekal Susu Bayi Tiruan

oleh Ahmad Albab
21/02/2018
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – Tiga sekeluarga dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan membekalkan susu rumusan bayi yang menggunakan cap dagangan palsu, tahun lepas.

Yap Kai Chai, 59, berdepan dengan tiga pertuduhan iaitu satu kes bersama adik iparnya Ling Mei Nar, 42, dan dua kes bersama anak lelakinya, Yap Chang Hong, 26.

Kesemua mereka mengaku tidak bersalah apabila semua pertuduhan itu dibacakan di hadapan Hakim Jailani Rahman.

Kai Chai dan Ling, yang merupakan pekongsi perniagaan TCM Yongtai Lian, didakwa menawarkan pembekalan seunit susu rumusan bayi Enfalac A+ Step 1 (1.8) kilogram yang baginya suatu perihal dagangan palsu yang digunakan seolah-olah ia adalah cap dagangan yang berdaftar ‘Enfalac’.

Mereka didakwa berbuat demikian di premis kedai TCM Yongtai Lian di Jalan Utama 34, Taman Mutiara Rini, Skudai, kira-kira 1 tengah hari pada 7 Dis tahun lepas.

Bagi pertuduhan kedua, Kai Chai dan Chang Hong yang merupakan pekongsi perniagaan kedai ubat dan membeli belah Yong Thye Lian, didakwa melakukan perbuatan sama di premis kedai mereka di Jalan Bestari 4/2, Taman Nusa Bestari Skudai, kira-kira 2 petang hari yang sama.

Untuk kedua-dua pertuduhan itu, mereka didakwa mengikut Seksyen 8 (2) (b) Akta Perihal Dagangan 2011 yang boleh dihukum mengikut Seksyen 8 (2) (B) akta sama jika sabit kesalahan boleh membawa hukuman denda sehingga RM10,000 bagi setiap barangan dagangan atau penjara maksimum tiga tahun atau kedua-duanya.

Bagi pertuduhan ketiga, Kai Chai dan anak lelakinya itu didakwa berada dalam kawalan mereka untuk pembekalan 208 unit susu rumusan bayi di sebuah premis di Jalan Orkid 17, Taman Seri Orkid, pukul 4.40 petang, hari yang sama.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 8 (2) (c) Akta Perihal Dagangan 2011 yang boleh dihukum dengan Seksyen 8 (2) (B) akta sama.

Hakim kemudian menetapkan 23 Mac ini untuk sebutan semula kes bagi proses representasi.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Lydia Salleh manakala senua tertuduh diwakili peguam C S Lim. – BERNAMA

Tags: mahkamahsusu tiruan
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

‘Najib Tetap Ingat Rakyat, Sampaikan Salam Kasih Kepada Semua’ – Sempat Kongsi Pendapat Hal Harga Minyak

‘Najib Tetap Ingat Rakyat, Sampaikan Salam Kasih Kepada Semua’ – Sempat Kongsi Pendapat Hal Harga Minyak

11/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Anak kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, Datuk Mohd. Nazifuddin berkongsi detik menyentuh hati...

Ibu Tunggal Didenda RM2,000 Miliki  100 Bahan Lucah Dalam Telefon

Ibu Tunggal Didenda RM2,000 Miliki 100 Bahan Lucah Dalam Telefon

09/04/2026
0

BACHOK - Seorang ibu tunggal didenda RM2,000 oleh Mahkamah Majistret di sini kerana memiliki kira-kira 100 bahan lucah dalam telefon...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd