• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sedekad Tunggu Kerakyatan, Imran Kini Jadi Komposer

oleh
21/02/2018
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SELAMA 10 tahun mencari rezeki di Malaysia membuatkan penyanyi Imran Ajmain mempelajari banyak perkara sehingga menjadikan dia sebagai seorang komposer di sini.

Imran atau nama sebenarnya, Ahmad Imran Ahmad Husaini Ajmain, 37, mula dkenali di Malaysia dengan lagu popularnya iaitu Selamat Ulang Tahun Sayang dan kini dia sudah mencipta banyak lagu untuk penyanyi lain.

Antaranya termasuk Anuar Zain, Taufik Batisah, Dina Nadzir, Sleeq dan ramai lagi. Namun disebabkan statusnya sebagai warganegara Singapura, membuatkan Imran mengalami kesukaran untuk dia bergelar seorang komposer.

“Menjadi impian setiap komposer untuk menulis lagu dan memberikannya kepada penyanyi yang sesuai.

“Apabila penyanyi itu menyampaikan lagu ciptaan komposer, pastinya pihak komposer sendiri simpan cita-cita untuk lihat karya mereka pergi jauh, memenangi anugerah serta diberikan pengiktirafan.

“Semenjak lebih 10 tahun lalu, saya ‘tidak layak’ untuk mencapai impian tersebut di Malaysia kerana saya merupakan warga Singapura,” katanya dipetik daripada portal Astro Gempak.

Menurut Imran, jika dia memakai nama sebenarnya ataupun nama pena, itu masih tidak membolehkan penyanyi lagu Seribu Tahun itu layak bergalar seorang komposer di sini.

Selepas 10 tahun menanti, akhirnya tahun 2018 merupakan tahun tuah bagi Imran kerana dia kini sudah mendapat taraf sebagai Penduduk Tetap (PR) di Malaysia dan ianya juga merupakan satu permulaan yang baharu baginya untuk bangkit bersama impian yang sudah dipendam sejak 10 tahun lalu.

“Saya akan meneruskan lagi minat mencipta lagu dan tidak akan berhenti untuk menghasilkan karya berkualiti demi peminat muzik di luar sana,” tambahnya lagi.

Baru-baru ini, Imran telah mengadakan konsert yang diberi nama Imran Ajmain Live Band Showcase pada Khamis lalu.

Seramai 100 orang peminat setianya telah hadir bagi bertentang mata dengannya sambil ‘melayan’ lagu popularnya iaitu Jika Engkau Pergi, Seribu Tahun, Selamat Ulang Tahun Sayang, Sentiasa Merinding dan banyak lagi.

Imran Ajmain dan Najwa Mahiaddin.

Dalam masa yang sama, dia turut akan tampil dengan lagi baharu yang bertajuk Intan dan Perak.

November  lalu, Imran telah berduet bersama dengan Najwa Mahiaddin bagi lagu baharu mereka yang berjudul Sentiasa Merinding dan sehingga kini, mereka masih lagi giat mempromosikan lagu berkenaan. – MYNEWSHUB.CC/AH

Tags: imran ajmainKomposerNetizen
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Netizen Kecam Jenaka Keterlaluan Pelawak Singapura Perlekeh Malaysia

Netizen Kecam Jenaka Keterlaluan Pelawak Singapura Perlekeh Malaysia

07/06/2023
0

KUALA LUMPUR : Seorang pelawak wanita kelahiran Singapura, disifatkan bertindak keterlaluan ketika memperlekehkan Malaysia dalam satu persembahan komediri bertajuk 'Singapore...

Netizen Mahu Usia Persaraan Kembali 50-55 Tahun, Beri Peluang Bakat Baru

Netizen Mahu Usia Persaraan Kembali 50-55 Tahun, Beri Peluang Bakat Baru

12/04/2023
0

KUALA LUMPUR : Sebahagian besar pembaca BH dalam tinjauan media sosial memilih usia persaraan dikekalkan kepada 60 tahun. Ikuti Mynewshub: Telegram...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd