• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sabah Beri Jaminan Pastikan Kestabilan Politik

oleh Ahmad Albab
21/02/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA KINABALU – Kerajaan Sabah memberi jaminan akan terus komited untuk memastikan kestabilan politik, kemajuan ekonomi dan kemakmuran sosial di negeri ini, kata Ketua Menteri Tan Sri Musa Aman.

Beliau berkata kerajaan negeri juga akan berusaha mempertahan dan mengukuhkan aspek-aspek positif supaya rakyat terus mendapat manfaat di sebuah negara yang sentiasa berusaha ke arah memperbaiki kehidupan serta mengekalkan keharmonian dan kestabilan.

“Oleh itu, apa-apa tindakan yang boleh memberi kesan negatif kepada perpaduan dan kestabilan harus dielakkan untuk membolehkan kita mencapai aspirasi, meningkatkan tahap sosioekonomi dan memberi tumpuan kepada usaha membawa lebih banyak kemajuan ke negeri ini,” katanya.

Musa berkata demikian ketika berucap pada majlis makan malam Pesta Ang Pow anjuran Gabungan Persatuan-persatuan Cina Sabah (FCAS) sempena perayaan Tahun Baharu Cina 2018 di sini, malam tadi.

Pada majlis itu, beliau turut mengumumkan peruntukan RM50,000 kepada FCAS untuk menjalankan aktiviti pada masa hadapan.

Masa berkata kerajaan negeri tidak pernah mengetepikan rakyat mana-mana agama atau etnik tertentu dalam melaksanakan program pembangunan, malah bekerja untuk semua dan pada setiap tahun memperuntukkan sejumlah besar dana bagi sekolah-sekolah bukan Islam dan tempat beribadat.

“Buktinya kerajaan negeri telah memperuntukkan kira-kira RM300 juta kepada sekolah-sekolah bukan Islam dan tempat beribadat di Sabah sejak 10 tahun lepas.

“Semasa mula-mula menjadi ketua menteri dulu, saya mendapati peruntukan untuk sekolah-sekolah bukan Islam dan tempat beribadat hanya RM1.5 juta…saya rasa peruntukan itu tidak mencukupi oleh itu saya telah naikkan peruntukan berkenaan kepada RM30 juta setahun,” katanya.

Musa berkata peruntukan tersebut disalurkan kerana kerajaan sentiasa peka kepada keperluan setiap kaum di negeri ini yang hidup dalam semangat perpaduan sejak sekian lama.

Sehubungan itu, beliau menyeru semua masyarakat Cina di Sabah supaya terus berdiri teguh di belakang kerajaan dan membantu kerajaan dalam usaha membangunkan lagi negeri ini. – BERNAMA

Tags: Musa AmanSabah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Beberapa Guru Nyaris Hilang Nyawa Akibat Brek Keretapi Gagal Berfungsi Dalam Kejadian Di Sabah, Pagi Tadi

Beberapa Guru Nyaris Hilang Nyawa Akibat Brek Keretapi Gagal Berfungsi Dalam Kejadian Di Sabah, Pagi Tadi

03/03/2026
0

Oleh Mynewshub  TENOM: Sebuah keretapi yang membawa beberapa guru dari Sekolah Kebangsaan Pangi, Tenom dilaporkan mengalami masalah brek gagal berfungsi...

Jangan Kejar Agenda Peribadi, Amaran Hajiji Kepada Setiausaha Politik Baharu Dilantik

Jangan Kejar Agenda Peribadi, Amaran Hajiji Kepada Setiausaha Politik Baharu Dilantik

18/12/2025
0

KOTA KINABALU: Ketua Menteri , Datuk Seri Hajiji Noor memberi amaran kepada setiausaha politik di negeri ini supaya tidak menyalahgunakan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd