• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, July 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Serangan Syria: Hampir 200 Orang Awam Terbunuh

oleh Ahmad Albab
21/02/2018
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

DAMSYIK – Serangan besar-besaran tentera kerajaan Syria mengorbankan sehingga 190 penduduk di Ghouta, antara bandar terakhir masih dikuasai pemberontak, menjadikannya antara serangan paling buruk menyebabkan korban tinggi orang awam sejak tiga tahun lalu.

Reuters melaporkan kira-kira 127 orang maut dalam serangan udara dan roket pada Isnin, manakala terbaru semalam, sekurang-kurangnya 44 orang awam terbunuh, iaitu kematian tertinggi dalam sehari sejak tiga tahun.

AFP memetik pengarah Pemerhati Hak Asasi Manusia Syria (SOHR) Rami Abdel Rahman berkata, 12 kanak-kanak antara mangsa serangan itu.

Ghouta Timur, kawasan kecil dekat Damsyik dikuasai penentang sejak 2012 dan Presiden Bashar al-Assad mengerahkan tentera merampas semula kawasan itu.

Serangan udara berterusan tanpa henti sejak tiga hari lalu, bersama bedilan roket dan meriam ke beberapa kawasan di Ghouta timur, menyebabkan pemerhati menjangka pasukan darat akan menyerbu bandar berkenaan.

“Tentera rejim mengebom Ghouta Timur bagi membuka jalan untuk serangan darat,” kata seorang pemerhati.

Berikutan itu, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menuntut serangan udara menyasar penduduk awam di Syria dihentikan segera. – Agensi/myMetro Online

Tags: mautSyria
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Menteri Pertahanan Khaled Nordin Ziarah Keluarga Allahyarham Prebet Siti Khadijah

Menteri Pertahanan Khaled Nordin Ziarah Keluarga Allahyarham Prebet Siti Khadijah

28/06/2026
0

KUALA LUMPUR – Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin hari ini menziarahi keluarga Allahyarhamah Prebet Siti Khadijah Sungip, antara...

PM Anwar, Wan Azizah Ucap Takziah, Dukacita Insiden Pelajar Sekolah Maut

PM Anwar, Wan Azizah Ucap Takziah, Dukacita Insiden Pelajar Sekolah Maut

19/06/2026
0

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isteri Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail melahirkan rasa...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd