• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 6, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PAS Mahu Jumpa Kedutaan Perancis Bantah Charlie Hebdo

oleh Ahmad Albab
19/01/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) mahu mengadakan pertemuan dengan Kedutaan Perancis di Malaysia pada 21 Januari ini.

Ketuanya, Suhaizan Kayat berkata, pertemuan itu bagi menyatakan bantahan terhadap majalah Charlie Hebdo di negara itu kerana terus menerbitkan karya menghina Islam.

“Walaupun tidak bersetuju dengan tindakan pembunuhan wartawan mereka, penghinaan kepada agama Islam mesti ditentang.

“Kebebasan menghina agama lain sama sahaja dengan keganasan membunuh kerana ia kerja terkutuk,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sehubungan itu, Suhaizan menjemput badan bukan kerajaan (NG)) supaya sama-sama mengikuti pertemuan itu.

Media pada 13 Januari lalu melaporkan Charlie Hebdo terus melancarkan provokasi terhadap umat Islam apabila menyiarkan kartun menghina Nabi Muhammad pada muka hadapa akhbar itu.

Kartun kontroversi itu disiar menggunakan perkataan Jesuis Charlie sebagai mengejek tindakan dua penyerang menyerang pejabat akhbar itu kerana membalas dendam terhadap perbuatan syarikat akhbar itu sebelum ini yang menghina Nabi Muhammad.

Charlie Hebdo dilaporkan mengambil kesempatan untuk mengaut keuntungan lebih dengan mencetak sebanyak tiga juta naskah iaitu lebih tujuh kali ganda edaran akhbar itu semalam, berbanding 60,000 naskah sebelum ini, selepas berjuta-juta penduduk meluahkan rasa simpati terhadap tragedi pada 7 Januari lalu. – mynewshub.cc

Tags: Charlie HebdoPAS
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Teresa Kok Saran Ulama Pas Berkelah Di Pantai Langkawi Sambil Pakai Baju Tradisional Kedah

Teresa Kok Saran Ulama Pas Berkelah Di Pantai Langkawi Sambil Pakai Baju Tradisional Kedah

05/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Seputeh DAP, Teresa Kok mendakwa Langkawi kini ketinggalan berbanding Phuket dan Bali sebagai destinasi pelancongan....

‘Ekstremis Dalam UMNO, PN dan Pas Patut Berasa Malu’ – Lim Guan Eng

‘Ekstremis Dalam UMNO, PN dan Pas Patut Berasa Malu’ – Lim Guan Eng

05/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Penasihat DAP, Lim Guan Eng mendakwa Barisan Nasional (BN), UMNO, Perikatan Nasional (PN) dan Pas patut berasa...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd