• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

UPM Ke-41 Terbaik Di Dunia Dalam Aspek Kelestarian

oleh Ahmad Albab
19/01/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Universiti Putra Malaysia (UPM) tersenarai pada kedudukan ke-41 terbaik di dunia berdasarkan usaha kelestarian kampus dan pengurusan alam sekitar oleh `UI-Greenmetric World University Ranking’ yang diterbitkan baru-baru ini.

Naib Canselor UPM, Prof. Datuk Dr. Mohd. Fauzi Ramlan berkata, penarafan itu dibuat berdasarkan 40 indikator yang meliputi enam skop utama iaitu infrastruktur (15 peratus), tenaga dan perubahan cuaca (21 peratus), sisa buangan (18 peratus), air (10 peratus), pengangkutan (18 peratus) dan pendidikan (18 peratus).

“Kejayaan ini merupakan komitmen UPM terhadap pemuliharaan dan pemeliharaan alam sekitar melalui pelbagai aktiviti pengajaran, penyelidikan, kokurikulum dan sistem pengurusan kualiti berteraskan pengurusan alam sekitar yang berkesan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mohd. Fauzi berkata, `UI-Greenmetric World University Ranking’ turut menyenarikan UPM universiti ke-3 terbaik di rantau Asia Tenggara dan ke-4 terbaik Asia dalam kajian penandaarasan kelestarian antarabangsa.

“Pada tahun ini sebanyak tujuh buah universiti tempatan menyertai penarafan `UI-Greenmetric World University Ranking’ berbanding empat pada tahun lalu. – mynewshub.cc

Tags: UPM
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

PERKESO, UPM Jalin Kerjasama Dalam Bidang Perubatan Dan Rehabilitasi

26/02/2022
0

PETALING JAYA : Sebagai peneraju dalam perlindungan keselamatan sosial di Malaysia, Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) sentiasa komited menambah baik perkhidmatannya...

Mengapa UPM Anugerah Hampir 400 PHD Tahun Ini?

18/01/2022
0

Berikut kenyataan oleh Ketua Penerangan Keadilan, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin: Hairan kenapa UPM anugerah hampir 400 PhD tahun...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd