• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, August 13, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kemaluan Merah Kesan Ruam, Bukan Dicabul

oleh Haris
21/02/2018
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA TERENGGANU – Seorang lelaki yang ditahan polis atas dakwaan melakukan perbuatan terkutuk mencabul bayi perempuannya yang berusia 12 bulan, dibebaskan.

Ini selepas laporan pemeriksaan perubatan terhadap bayi tersebut mendapati, kesan kemerahan pada kemaluan mangsa adalah disebabkan ruam.

Buruh yang berusia 36 tahun itu sebelum ini ditahan reman selama empat hari yang diperintahkan ke atasnya bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 354, Kanun Keseksaan dan dibebaskan sebaik ia berakhir.

Menurut sumber daripada BH Online, pemeriksaan perubatan yang dilakukan di sebuah hospital mendapati kesan kemerahan pada kemaluan mangsa adalah ruam dan bukan kesan cabul.

Oleh sebab itu, tempoh tahanan reman selama empat hari yang diterima lelaki tersebut tidak disambung dan dibebaskan serta merta memandangkan pemeriksaan itu mengesahkan tiada kesan cabul pada kemaluan bayi itu.

Terdahulu, perintah reman terhadap lelaki tersebut dikeluarkan Penolong Kanan Pendaftar Mahkamah, Noradila Abdul Latiff selepas laporan polis dibuat.

Sebelum ini, ibu kepada bayi tersebut yang berusia 28 tahun membuat laporan polis mendakwa lelaki terbabit mencabul bayi perempuan itu, setelah mendapati mangsa kerap menangis setiap kali kemaluannya dibersihkan ketika menukar lampin.

“Suspek menghantar pulang anaknya itu ke rumah isterinya di Kampong Manir, di sini, pada jam 12 tengah malam, Isnin lalu, dan bayi itu dalam keadaan baik pada mulanya.

“Bagaimanapun, ketika menukar lampin bayi berkenaan, ibunya mendapati terdapat kesan kemerah-merahan di kemaluan anaknya itu selain kerap menangis setiap kali bahagian sulitnya dicuci.

“Curiga terhadap perubahan itu, wanita berusia 28 tahun terbabit membuat laporan polis berhubung perkara itu sebelum bayi berkenaan dirujuk ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) untuk pemeriksaan,” kata sumber yang dipetik BH Online.

Difahamkan, pasangan suami isteri tersebut kini tinggal berasingan kerana sedang dalam proses penceraian, yang menyebabkan bayi tersebut dijaga secara bergilir-gilir oleh ibu dan bapanya.

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Idris Abdul Rafar, mengesahkan lelaki tersebut dibebaskan pihak polis susulan laporan perubatan yang diterima daripada hospital mengesahkan tiada pencabulan yang dilalui oleh mangsa. – MYNEWSHUB.CC/EZ

*Video sekadar hiasan…

Tags: bayicabuldibebaskanrogol
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

TDM Nafi Dakwaan Tular Di Media Sosial, Beri Amaran Ambil Tindakan Undang-Undang

TDM Nafi Dakwaan Tular Di Media Sosial, Beri Amaran Ambil Tindakan Undang-Undang

15/07/2026
0

KUALA LUMPUR – Tentera Darat Malaysia (TDM) menegaskan komitmennya untuk menyiasat setiap dakwaan berdasarkan fakta dan undang-undang, sambil memandang serius...

Syed Saddiq Dilepaskan Dan Dibebaskan

Syed Saddiq Dilepaskan Dan Dibebaskan

13/07/2026
0

PUTRAJAYA - Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dilepaskan dan dibebaskan daripada kesemua pertuduhan pecah amanah, salah guna...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd