• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kejam! Budak Perempuan Dikurung Dalam Gelap Sejak November

oleh Ahmad Albab
20/01/2015
dalam Hangat
0
Share on FacebookShare on Twitter

BUTTERWORTH – Kanak-kanak perempuan yang diselamatkan di Sungai Dua, di sini dalam keadaan kelaparan, Khamis lalu, dipercayai dibiar tinggal bersendirian di rumah kosong tanpa bekalan elektrik dan air sejak November tahun lepas.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU) ACP Abdul Rahman Ibrahim berkata berdasarkan siasatan polis mendapati kanak-kanak itu dikurung di rumah sewa lama keluarganya dan diberi makanan dan minuman sekali-sekala sahaja.

“Dia dibiar tinggal di situ bersendirian. Dia tidur, buang air besar dan kecil di bilik dia dikurung sejak November tahun lepas.

“Tiada sesiapa termasuk jiran di kawasan flat berkenaan menyedari kanak-kanak itu dikurung di rumah sewa yang sebelum ini keluarga mangsa pernah tinggal kerana tidak pernah dengar suara orang menangis atau meminta tolong serta ia gelap,” katanya kepada pemberita selepas melawat kanak-kanak itu di Hospital Seberang Jaya di sini hari ini.

Kanak-kanak perempuan murid Tahun Satu itu ditemui dalam keadaan lemah dan kelaparan di sebuah rumah yang tidak mempunyai bekalan air dan elektrik selepas seorang guru membuat laporan polis mengesyaki sesuatu berlaku selepas dia tidak hadir ke sekolah.

Abdul Rahman berkata kanak-kanak itu kini ditempatkan di wad kanak-kanak Hospital Seberang Jaya dan dari segi kecederaan luaran doktor mengesahkan hanya terdapat kesan lebam tetapi tiada kesan kecederaan akibat didera.

Beliau berkata polis telah mendapat perintah lanjutan reman selama tiga hari terhadap bapa kanak-kanak itu dan polis juga telah mengambil keterangan ibu tiri kanak-kanak itu Sabtu lepas.

“Kertas siasatan hampir siap dan mungkin esok kami akan serah kepada Ketua Unit Pendakwaan untuk tindakan selanjutnya. Mungkin kami akan dakwa Rabu ini,” katanya.

Beliau berkata setakat ini polis masih gagal mengesan ibu kandung kanak-kanak berkenaan yang dipercayai telah pulang ke Indonesia. – BERNAMA

Tags: Derapolis
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tony Pua Mengaku Tulis Sendiri Hantaran Facebook

Tony Pua Mengaku Tulis Sendiri Hantaran Facebook

21/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Pengerusi Jawatankuasa Disiplin DAP, Tony Pua memaklumkan beliau telah dipanggil pihak polis bagi memberi keterangan berhubung hantaran...

Wanita Menyamar Kakitangan Hospital Sultanah Aminah Minta Bayaran Masuk Wad RM30

Wanita Menyamar Kakitangan Hospital Sultanah Aminah Minta Bayaran Masuk Wad RM30

22/04/2026
0

JOHOR BAHRU – Pihak pengurusan Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru (HSAJB) memaklumkan wanita yang menyamar sebagai staf hospital meminta bayaran...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd