• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 23, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

SPRM Mohon Kes 4 Bekas Pegawai JANS Bicara Serentak

oleh Ahmad Albab
20/02/2018
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA KINABALU – Mahkamah Tinggi di sini hari ini menetapkan 20 Mac untuk membuat keputusan berhubung permohonan bagi kes pengubahan wang haram lebih RM32 juta dihadapi bekas Timbalan Pengarah Jabatan Air Negeri Sabah (JANS) Teo Chee Kong dibicarakan serentak dengan kes tiga lagi bekas pegawai JANS.

Hakim Datuk Nurchaya Arshad menetapkan tarikh itu selepas Timbalan Pendakwa Raya daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tengku Amir Zaki Tengku Abdul Rahman mengemukakan permohonan itu.

Sebelum ini, dua bekas Pengarah JANS Awang Mohd Tahir Mohd Talib, 54, dan Fauziah Piut, 51, serta bekas Timbalan Pengarah JANS Lim Lam Beng, 62, mengaku tidak bersalah atas 37 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan RM61.57 juta.

Teo yang diwakili peguam Roland Cheng, Nelson Anggang dan Ram Sing menghadapi 146 pertuduhan pengubahan wang haram lebih RM32 juta berkaitan projek di Jabatan Air Negeri Sabah sejak 2010 hingga 2016.

Sebanyak 78 pertuduhan didakwa mengikut Seksyen 4 (1) (a) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan (AMLATFA) 2001 iaitu memiliki 70 bidang tanah hasil aktiviti haram melalui 78 transaksi bernilai RM12,705,203.

Sejumlah 68 pertuduhan di bawah Seksyen 4 (1) (b) akta sama iaitu enam kesalahan memiliki wang tunai hasil aktiviti haram berjumlah RM7,930,810 dan 62 kesalahan memiliki wang dalam akaun bank hasil aktiviti haram di lapan institusi kewangan berjumlah RM12,287,240.

Mahkamah turut menetapkan 20 Mac untuk membuat keputusan bagi notis usul pengeluaran filem kamera litar tertutup (CCTV), buku pendaftaran lokap dan dokumen berkaitan ketika proses reman yang difailkan oleh Teo, 52, dan ditolak oleh Hakim Mahkamah Sesyen Abu Bakar Manat sebelum ini. – BERNAMA

Tags: SPRM
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Rafizi Disoal Siasat Hampir 9 Jam, Sempat Ingatkan Pegawai SPRM Tanggungjawab Muslim

Rafizi Disoal Siasat Hampir 9 Jam, Sempat Ingatkan Pegawai SPRM Tanggungjawab Muslim

05/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Bekas Menteri Ekonomi, Datuk Seri Rafizi Ramli memaklumkan sesi soal siasat hari pertamanya bersama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah...

Rafizi Terima Notis SPRM Diminta Beri Keterangan

Rafizi Terima Notis SPRM Diminta Beri Keterangan

01/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Bekas Menteri Ekonomi, Datuk Seri Rafizi Ramli memaklumkan beliau telah menerima notis daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd