• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 23, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jambatan P.Pinang ‘Tersekat’ Akibat Lori Pasir Terbalik

oleh
21/02/2018
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

TERKANDAS…. Gara-gara sebuah lori pasir terbalik, aliran trafik di sepanjang Jambatan Pulau Pinang menuju ke arah pulau dilaporkan mengalami kesesakan teruk sehingga ke tanah besar.

Menurut maklumat daripada pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri, insiden kemalangan tersebut berlaku di Kilometer 7.6 di atas jambatan menuju ke arah bahagian pulau kira-kira pukul 11.15 pagi Selasa.

Sementara itu , Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Nik Ros Azhan Ab. Hamid berkata, kejadian dipercayai berlaku apabila salah satu tayar lori berkenaan melanggar pembahagi jalan sebelum terbalik.

“Dua lorong ditutup bagi kerja mengalihkan lori berkenaan dan membersihkan jalan,” katanya kepada media. Kes tersebut turut menyebabkan kesesakan terburuk di semua laluan Plaza Tol Jambatan Pulau Pinang di Perai.

Malahan stesen radio tempatan Mutiara FM melaporkan pengguna kenderaan ‘tersangkut’ langsung tidak dapat bergerak sehingga ke susur Permatang Pauh dekat Seberang Jaya selain laluan di kawasan perindustrian Perai.

Insiden kali ini mengulangi peristiwa kabel elektrik terbakar di bawah jambatan mercu tanda negeri tersebut pada 11 September 2010 yang menyaksikan kesesakan trafik luar biasa dalam sejarah. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Tags: Jambatan Pulau Pinang
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Lelaki Bersenjata Terjun Dari Jambatan Pulau Pinang, Identiti Masih Belum Dikenal Pasti

Lelaki Bersenjata Terjun Dari Jambatan Pulau Pinang, Identiti Masih Belum Dikenal Pasti

09/12/2025
0

PULAU PINANG – Detik cemas tercetus di Jambatan Pulau Pinang malam ini apabila seorang lelaki bersenjatakan objek tajam dilaporkan bertindak...

Dua Individu Buat Kacau Atas Jambatan Pulau Pinang Ditahan

Dua Individu Buat Kacau Atas Jambatan Pulau Pinang Ditahan

06/02/2024
0

BUKIT MERTAJAM - Seorang lelaki dan wanita warga tempatan ditahan bagi membantu siasatan kerana menunggang motosikal dalam keadaan berbahaya di...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd