• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

32 Penumpang Cemas, Bas Dinaiki Masuk Parit

oleh AK-47
19/02/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – Tiga puluh dua penumpang bas berdepan detik cemas apabila kenderaan dinaiki mereka itu hilang kawalan sebelum terbabas ke dalam parit di Kilometer 17, Jalan Nitar-Mersing berhampiran Ladang Felda Nitar Timur, pada 12.35 tengah malam tadi.

Bas dipandu seorang lelaki berusia 59 tahun itu dilaporkan dalam perjalanan dari Melaka ke Mersing.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Mersing, Sarhan Akmal Mohamad berkata pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian tersebut pada 12.43 tengah malam dan bergegas ke lokasi kejadian.

“Enam anggota bomba dengan satu jentera dan ambulans dikejarkan ke lokasi kejadian dan setibanya di lokasi, beberapa penumpang bas serta pemandu dikeluarkan sebelum diberi rawatan oleh pasukan perubatan.

“Hasil pemerhatian mendapati lokasi kejadian adalah laluan selekoh dan gelap,” katanya ketika dihubungi Bernama, di sini hari ini.

Akibat kemalangan itu, 15 penumpang cedera ringan termasuk seorang penumpang wanita cedera di rusuk kiri dan patah tangan kiri, dan menerima rawatan di Hospital Mersing manakala penumpang lain menerima rawatan sebagai pesakit luar di Klinik Kesihatan Felda Nitar 1 dan Hospital Mersing, katanya.

Beliau berkata operasi menyelamat tamat pada 1.48 pagi dan kes tersebut diserahkan kepada pihak polis untuk siasatan lanjut. – BERNAMA

Tags: kemalangan
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Pemandu Van Didakwa Selepas Murid Tahun Dua Maut Dirempuh, Mengaku Tidak Bersalah

Pemandu Van Didakwa Selepas Murid Tahun Dua Maut Dirempuh, Mengaku Tidak Bersalah

08/05/2026
0

BATU PAHAT – Seorang pemandu van didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan memandu secara melulu sehingga...

Penunggang Motosikal Cedera Parah, Bahu Tertusuk Besi

Penunggang Motosikal Cedera Parah, Bahu Tertusuk Besi

07/05/2026
0

Oleh Mynewshub MENTAKAB – Seorang penunggang motosikal dipercayai pelajar sekolah mengalami kecederaan serius selepas terbabit dalam kemalangan jalan raya sehingga...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd