• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 23, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Reman Warga Emas Dera Amah Disambung 7 Hari

oleh AK-47
19/02/2018
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

BUKIT MERTAJAM – Tempoh reman warga emas yang ditahan bagi membantu siasatan kes kematian pembantu rumah warga Indonesia yang dipercayai didera majikannya 11 Feb lepas, dilanjutkan selama tujuh hari bermula hari ini.

Perintah sambung reman tersebut dikeluarkan Pendaftar Mahkamah Majistret Bukit Mertajam Nor Hapipah Abdullah di sini setelah tempoh reman tujuh hari wanita berusia 60 tahun itu sebelum ini tamat hari ini.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT), ACP Nik Ros Azhan Nik Abdul Hamid berkata wanita, yang juga ibu kepada dua beradik yang turut ditahan bagi membantu siasatan kes itu, ditahan sejak 12 Feb lalu dan disambung tempoh reman selepas tamat hari ini.

“Hari ini kami rujuk kertas siasatan kes dera pembantu rumah itu kepada Pengarah Pendakwaan Negeri sebelum ia dibawa ke Pejabat Pendakwa Raya di Putrajaya esok bagi tindakan selanjutnya,” katanya ketika dihubungi Bernama, di sini hari ini.

Adelina Lisio, 28, yang mengalami kecederaan parah termasuk luka dan lebam pada badan, mati ketika dirawat di Hospital Bukit Mertajam pada kira-kira 4.45 petang 11 Feb lepas dan mayatnya dihantar ke Hospital Seberang Jaya (HSJ) untuk bedah siasat.

Mangsa ditemui kira-kira 8 malam 10 Feb lepas, selepas polis menerima laporan berhubung kejadian itu daripada seorang lelaki yang juga pembantu kepada Anggota Parlimen Bukit Mertajam Steven Lim dan menahan dua beradik lelaki dan perempuan itu sebelum menahan ibu mereka iaitu majikan mangsa bagi membantu siasatan.

Nik Ros Azhan berkata tempoh reman dua beradik lelaki dan perempuan berusia 39 serta 36 tahun itu akan tamat esok dan polis akan mendapatkan perintah sambung reman di Mahkamah Majistret Bukit Mertajam esok.

Beliau berkata seramai 21 individu termasuk saksi, jiran dan doktor yang merawat serta menjalankan bedah siasat ke atas pembantu rumah berkenaan telah direkodkan keterangan bagi membantu siasatan kes berkenaan.

Sementara itu, mengulas mengenai laporan akhbar ‘The Jakarta Pos’ mengenai dakwaan keluarga Adelina bahawa pembantu rumah yang berasal dari Nusa Tenggara, Indonesia itu tidak dibayar gaji selama bekerja dengan majikan berkenaan, Nik Ros Azhan berkata polis akan menyiasat dakwaan itu.

Beliau berkata pihaknya akan mendapatkan keterangan daripada agen pekerja asing yang membawa masuk pembantu rumah itu bagi membantu siasatan berhubung dakwaan berkenaan termasuk mengenai penipuan umur serta beberapa dokumen mangsa.

“Polis menjalankan siasatan dari semua aspek termasuk dakwaan mangsa adalah mangsa pemerdagangan manusia dan majikannya tidak membayar gaji. Jika terbukti dakwaan itu kami akan mengambil tindakan mengikut undang-undang,” katanya.

Akhbar The Jakarta Pos melaporkan keluarga wanita itu menuntut pampasan tiga tahun gaji akibat kematian pembantu rumah berkenaan kerana mangsa tidak pernah menerima gaji walaupun sudah bekerja sejak 2015. – BERNAMA

Tags: ACP Nik Ros Azhan Nik Abdul Hamid
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Bayi Perempuan 46 Hari Didera Meninggal Dunia

16/02/2018
0

BUKIT MERTAJAM - Seorang bayi perempuan berusia 46 hari meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke hospital dipercayai didera anggota keluarganya...

3 Lelaki Geng Motosikal Ditahan Di Bukit Mertajam

25/12/2017
0

BUKIT MERTAJAM - Polis menahan tiga anggota geng curi motosikal termasuk seorang warga Indonesia dalam serbuan di sebuah rumah di...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd