KUALA LUMPUR – Platform e-dagang utama bagi membeli-belah, Shopee, mencatatkan kenaikan sebanyak 32 peratus bagi jumlah rakyat Malaysia mencari barangan sepanjang tempoh Tahun Baru Cina.
“Ini merupakan petunjuk yang baik, dan sejajar dengan inisiatif kerajaan untuk memacu e-dagang di Malaysia,” menurut platform beli-belah dalam talian itu dalam kenyataan hari ini.
Sejak pelancaran kempen Wang with Shopee pada 15 Jan, yang menawarkan diskaun sehingga 90 peratus dan hadiah peraduan bernilai lebih RM1 juta, ramai rakyat Malaysia beralih kepada Shopee untuk membeli barangan keperluan Tahun Baru Cina.
Kempen Wang with Shopee akan berakhir pada 25 Feb, 2018.
Shopee menyediakan platform yang cepat, mudah dan selamat kepada pengguna untuk membeli-belah, dengan penghantaran percuma di seluruh Malaysia.
Kategori pencarian paling popular sempena sambutan Tahun Baru Cina adalah daripada pakaian wanita hingga kepada telefon mudah alih dan gajet manakala pembelian popular, antaranya, kasut wanita, pakaian bayi serta barangan kesihatan dan kecantikan. – BERNAMA