• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

ShopeePay Bantu Pemulihan, Sumbang Push Cart

oleh Mohd Arshad
08/11/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – ShopeePay hari ini mengumumkan penajaan push cart dan cagaran-cagaran relevan kepada peniaga mikro daripada kumpulan pendapatan B40 sebagai sebahagian daripada inisiatif #ShopeeGivesBack.

Sebilangan peniaga mikro terjejas akibat pandemik yang melanda dan kehilangan sumber pendapatan mereka.

Inisiatif ini bertujuan membantu peniaga-peniaga tersebut memulakan semula perniagaan mereka serta sebagai batu loncatan untuk pemulihan.

Push cart tersebut yang dilengkapi dengan bumbung, rak dan ruang penyimpanan akan diedarkan kepada lebih 100 peniaga sepanjang bulan ini, dengan kerjasama kerajaan negeri Terengganu, Perak, Pulau Pinang dan Sarawak, serta Kementerian Wilayah Persekutuan.

Majlis penyerahan pertama kepada 20 peniaga mikro telah berlangsung di Kuala Berang, Terengganu pada 30 Oktober lalu.

Lapan push cart adalah sebahagian daripada Inisiatif Pendigitalan Sektor Peruncitan (ReDi) oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, manakala 12 buah push cart akan disumbangkan kepada peniaga-peniaga terpilih oleh kerajaan negeri Terengganu.

ShopeePay akan terus berusaha bagi membantu dalam pendigitalan peniaga-peniaga ini dengan membolehkan penerimaan transaksi tanpa tunai melalui dompet mudah alihnya serta menawarkan insentif yang disediakan khas yang akan membantu peniaga meningkatkan jumlah  pendapatan mereka.

Ini termasuk menyediakan sebuah laman mikro yang menampilkan peniaga-peniaga tersebut di aplikasi Shopee serta Baucar ShopeePay di Deals Near Me yang menawarkan pulangan tunai RM3 dengan pembelanjaan minimum RM6 hingga 31 Disember 2021.

Pada masa yang sama, pengguna-pengguna ShopeePay berpeluang menerima pulangan tunai sebanyak RM3 dengan pembelanjaan minimum RM15 apabila mereka mengunjungi gerai-gerai ini.

Deals Near Me merupakan ciri atas talian ke luar talian atau online-to-offline (O2O) yang menggunakan perkhidmatan berasaskan lokasi untuk memudahkan para pengguna menemui Baucar ShopeePay oleh para peniaga berhampiran termasuk gerai bazar, kafe, restoran, dan penyedia perkhidmatan.

Mengulas mengenai inisiatif ini, Alain Yee, Ketua ShopeePay Malaysia berkata, “Dengan pasaran e-dagang negara berkembang dengan mantap, penggunaan kaedah pembayaran digital oleh pengguna terus meningkat.

“Kami komited untuk menyokong dan mendigitalkan perniagaan, serta menghubungkan mereka dengan pelanggan baharu sambil memperkasakan mereka untuk terus berkembang dan berjaya di platform kami. Beberapa inisiatif kami sebelum ini termasuk penerimaan ShopeePay untuk peniaga bazar Ramadan dan Aidilfitri tahun ini.”

“Pada penghujung hari, matlamat kami adalah untuk menyumbang kepada komuniti yang luas dengan membantu golongan yang memerlukan untuk mendapat manfaat daripada teknologi dan ekonomi digital, sambil menyokong usaha pemulihan negara daripada pandemik ini.

“Dengan bantuan kerajaan-kerajaan negeri dan juga Kementerian Wilayah Persekutuan, kami berharap dapat memberi galakan kepada lebih ramai peniaga mikro bukan sahaja dalam pendigitalan, malah juga untuk menyediakan mereka dengan kemudahan, sokongan pemasaran dan pendedahan melalui kempen seperti 11.11 Jualan Hebat kami yang sedang berlangsung, untuk menyemarakkan semula perniagaan mereka.”

Kempen, promosi dan pulangan tunai ini tertakluk pada terma dan syarat.

Tags: ShopeeShopeePay
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Peroleh Baucar RM500 Tebus Kredit ePemula RM150 Guna ShopeePay!

11/04/2022
0

Peroleh Baucar RM500 Tebus Kredit ePemula RM150 Guna ShopeePay! ShopeePay, e-dompet pilihan utama bagi eBelia 2021 akan mengambil bahagian dalam...

Isu Syariah Berkaitan Penggunaan Shopee Pay Later

05/11/2021
0

Jawapan Ringkas Terdapat beberapa isu syariah yang timbul melibatkan caj pemprosesan dan caj lewat bayar dalam sistem SpayLater sebagaimana berikut:...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd