• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

500 PPR Ditawar Kepada Mangsa Banjir Kuala Krai

oleh Ahmad Albab
19/01/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Sebanyak 500 daripada 1,000 rumah sementara Projek Perumahan Rakyat (PPR) di Gua Musang akan ditawarkan kepada mangsa banjir dari Kuala Krai yang turut kehilangan rumah baru-baru ini.

Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Abdul Rahman Dahlan berkata, tawaran itu dibuat setelah mendapati hanya 500 keluarga dari Gua Musang yang terlibat akan mendiami rumah PPR yang ditawarkan.

Katanya, bagaimanapun jarak antara Kuala Krai dan Gua Musang yang jauh mungkin menjadi faktor sesetengah mangsa enggan berpindah ke penempatan sementara itu.

“Ada juga yang enggan untuk pindah ke Gua Musang buat sementara waktu sebelum perumahan kekal mereka siap dibina kerana jarak yang agak jauh dari kawasan asal mereka,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Beliau berkata, demikian selepas menyaksikan pemeteraian Memorandum Persefahaman (MoU) antara Universiti Malaya (UM) dan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JPBM) serta melancarkan Program Komuniti Kesedaran Keselamatan kebakaran di sini hari ini.

Katanya kerajaan sudah mempunyai keputusan berkaitan jenis dan reka bentuk rumah baharu yang bakal dibina bagi menggantikan rumah mangsa banjir yang musnah dan perkara itu akan diumumkan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam masa terdekat.

Paling senang sekarang ialah kita kumpulkan mereka dalam satu kawasan dan bina rumah teres, rumah panjang atau khemah yang dibuat dalam satu kawasan tapi nampaknya ada rasa tidak puas hati sedikit berikutan faktor lokasi,” katanya.

Beliau berkata, Kerajaan Pusat komited untuk membantu membina semula rumah yang musnah akibat banjir dan berusaha memenuhi setiap permintaan mangsa dengan menyediakan pelbagai pelan penyelesaian.

Dalam pada itu, Abdul Rahman berkata Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) akan membuat perolehan tiga unit helikopter baharu dan alatan tambahan sebagai persediaan menghadapi ancaman banjir pada masa akan datang.

“Sebahagian daripada peruntukan RM500 juta yang diumumkan kerajaan baru-baru ini diperuntukkan kepada JBPM untuk beli peralatan yang sesuai dalam urusan menangani masalah banjir,” katanya.

Terdahulu dalam ucapannya, Abdul Rahman berkata MoU antara UM dan JBPM adalah perkongsian pintar dua institusi itu dalam menjalankan penyelidikan dan menyediakan kurikulum pengajian merekabentuk bangunan dengan sistem keselamatan lebih canggih. – BERNAMA

Tags: KelantanRahman Dahlan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Video Tular Perlekeh Polis Elak Sekatan Jalan Raya: PDRM Buka Kertas Siasatan

Video Tular Perlekeh Polis Elak Sekatan Jalan Raya: PDRM Buka Kertas Siasatan

26/04/2026
0

KOTA BHARU – Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengambil tindakan susulan penularan satu rakaman video di media sosial yang didakwa memperlekehkan...

Jabatan Agama Islam Kelantan Sudah Ambil Alih Kes Rogol `Suka Sama Suka’

Jabatan Agama Islam Kelantan Sudah Ambil Alih Kes Rogol `Suka Sama Suka’

18/12/2025
0

KOTA BHARU: Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JAHEAIK) sudah menerima laporan kes rogol `suka sama suka' membabitkan remaja perempuan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd