• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pegawai Polis Warga China Ditemui Mati Di Rumah Rakan

oleh Ahmad Albab
18/02/2018
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – Seorang pegawai polis warganegara China ditemui mati di rumah rakannya di Jalan Terubuk 3, Kahang dekat Kluang, hari ini.

Ketua Polis Daerah Kluang ACP Mohamad Laham berkata kematian lelaki itu, Wang Weihang, 37, disedari rakannya, seorang lelaki tempatan berumur 52 tahun, kira-kira 2 petang tadi.

“Semasa lelaki tempatan itu berada di rumahnya, dia mendapati rakannya (Wang) masih belum bangun tidur lalu mengetuk pintu bilik dan memanggil rakannya, namun, tiada tindak balas,” katanya semasa dihubungi hari ini.

Lelaki tempatan itu kemudian mengintai melalui tingkap dan mendapati Wang terbaring di atas katil.

Sejurus itu, dia bertindak memecahkan pintu bilik berkenaan untuk memberikan bantuan tetapi mendapati Wang sudah meninggal dunia, katanya.

Mohamad berkata selepas itu, lelaki berkenaan membuat laporan polis di Balai Polis Kahang.

“Wang merupakan rakan lelaki itu yang dikenalinya hampir tujuh tahun lepas. Lelaki itu memaklumkan bahawa Wang datang ke Malaysia sejak November lalu,” katanya.

Lelaki itu memberitahu polis bahawa Wang tidak mempunyai sebarang penyakit, namun, kerap tidur lewat dan pernah tidak tidur langsung.

Siasatan polis juga mendapati Wang, yang menumpang di rumah lelaki berkenaan, merupakan Orang Kena Tuduh (OKT) di Mahkamah Majistret Kluang mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 pada 12 Dis lepas.

Mahkamah memerintahkan pasport antarabangsa Wang ditahan sementara sehingga kesnya selesai.

Mohamad berkata pemeriksaan awal tidak menemukan sebarang kecederaan luaran pada tubuh Wang dan polis mengklasifikasikan kes itu sebagai mati mengejut.

Mayat Wang dihantar ke Hospital Enche’ Besar Hajjah Kalsom, Kluang untuk bedah siasat. – BERNAMA

Tags: MATI
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Ibu Dan Anak Empat Tahun Ditemukan Mati Di Rumah

Ibu Dan Anak Empat Tahun Ditemukan Mati Di Rumah

05/11/2025
0

KULIM: Seorang wanita dan anak perempuan berusia empat tahun ditemukan mati di sebuah rumah di Taman Perak di sini, malam...

Pelajar Mati Disyaki Jatuh Bangunan: Polis Jalankan Siasatan Menyeluruh Kesan Punca

Pelajar Mati Disyaki Jatuh Bangunan: Polis Jalankan Siasatan Menyeluruh Kesan Punca

18/07/2025
0

PAPAR: Polis sedang menjalankan siasatan menyeluruh bagi mengenal pasti punca kematian seorang pelajar yang ditemui pengsan di dalam longkang berhampiran...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd