• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, July 7, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Masyarakat India Perlu Ada ‘Nambike’ Terhadap BN

oleh Ahmad Albab
18/02/2018
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

LANGKAWI – Masyarakat India perlu mempunyai ‘nambike’ atau kepercayaan terhadap Barisan Nasional (BN) sebagai parti yang boleh diharapkan untuk mentadbir negara, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Beliau berkata mereka harus yakin dengan kebolehan BN berdasarkan konsep ‘naalai namathey, naalum namathey’ yang bermaksud ‘esok milik kita, selamanya milik kita’.

“Tepuk dada tanya selera. Maknanya jelas, tak payahlah saya cakap panjang sebab orang Langkawi pun faham, orang India Langkawi pun faham bahawa hanya BN sahaja yang kita boleh letakkan harapan kita.

“…kita tidak boleh ‘pakai’ pembangkang sebab kalau kita nak majukan sesebuah wilayah atau negeri, mahupun sebuah negara, kita mesti meletakkan kepercayaan kita kepada sebuah kerajaan yang ada rekod kejayaan dan ada kekuatan serta kemampuan bawa perubahan kepada negara kita,” kata beliau.

Najib yang juga Pengerusi BN berkata demikian ketika berucap pada majlis Teh Tarik bersama Masyarakat India di Dewan MIC Bahagian Langkawi di Taman Sungai Raya di sini, hari ini.

Sehubungan itu, Najib meminta rakyat agar tidak mudah terpedaya dengan dakwaan pembangkang bahawa negara menuju kebankrapan.

Beliau berkata Malaysia bukanlah seperti Greece atau negara-negara muflis yang perlu diselamatkan dan ia terbukti apabila negara menerima pengiktirafan badan-badan dunia seperti World Bank, Tabung Kewangan Dunia (IMF) dan World Economic Forum terhadap kemampuan kerajaan menguruskan ekonomi negara.

“Kalau kita ini bankrap, tentu sekali World Bank, IMF, World Economic Forum bukan nak puji…Ia (badan-badan ini) akan kutuk habis-habisan, tidak ada laporan yangditerbitkan mereka yang menunjukkan kita akan terjerumus sebagai negara bankrap,” kata Najib yang juga Menteri Kewangan.

Najib berkata kemunculan bekas perdana menteri yang telah lama bersara dan sudah pun berumur, kononnya untuk menyelamatkan negara daripada terus muflis, juga tidak berasas sama sekali.

“Kadar pertumbuhan ekonomi negara adalah sebanyak 5.9 peratus malah, kita adalah sebuah negara yang boleh mengeksport sebanyak RM83.5 bilion pada November lalu dan nilai ringgit disifatkan sebagai matawang yang mencatatkan prestasi terbaik di dunia dalam tempoh sebulan dua ini,” katanya.

Hakikatnya, kata beliau, ini langsung tidak menggambarkan Malaysia sebagai negara yang bankrap.

Dalam pada itu, perdana menteri memberi jaminan bahawa beliau akan bekerjasama dengan Kerajaan Negeri Kedah bagi menyelesaikan isu dan permasalahan membabitkan masyarakat India di Langkawi, yang mewakili kira-kira 3.9 peratus daripada penduduk di pulau itu. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Najib Tun Razak
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Facebook Najib Razak Hairan PH 24 Jam Seru Nama Najib

Facebook Najib Razak Hairan PH 24 Jam Seru Nama Najib

06/07/2026
0

KUALA LUMPUR – Laman Facebook Najib Razak mempersoalkan mengapa bekas Perdana Menteri itu dijadikan fokus kempen oleh Pakatan Harapan (PH)...

Najib Memudaratkan Negara, Telan Berbilion Wang – Pemuda PH

Najib Memudaratkan Negara, Telan Berbilion Wang – Pemuda PH

05/07/2026
0

JOHOR BAHRU - Ketua Pemuda Sosialis DAP (DAPSY), Woo Kah Leong mendakwa MCA tidak seperti DAP yang lantang menyuarakan banyak...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd