• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, July 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Dekati Peminat, Masdo Jual CD Ketika Persembahan

oleh
18/02/2018
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

LAIN orang, lain cara. Lain penyanyi, lain juga cara mereka untuk mempromosikan lagu kepada peminat.

Baca: Noh Puji Kugiran Masdo ‘Hadir’ Pada Masa Betul

Bagi kumpulan indie Kugiran Masdo, mereka lebih berminat dengan cara menjual sendiri cakera padat (CD) kepada peminat ketika mereka melakukan persembahan.

Itu juga salah satu cara kelainan yang dipilih oleh mereka berbanding penyanyi  lain yang kebanyakannya akan memasarkan lagu melalui platform digital.

Bukan sahaja CD, mereka juga akan turut menjual kameja-T setiap kali melakukan persembahan di mana-mana sahaja.

Menurut Ali Sariah yang merupakan vokalis kumpulan tersebut, mereka berasa sangat teruja kerana peminat sudah mula bertambah selepas sering muncul dalam sisi festival hipster, Gegaria anjuran Media Prima Berhad (MPB) dan persembahan lain.

“Alhamdulillah, saya anggap ini semua rezeki. Saya terkejut melihat sambutan yang diberi peminat.

“Kami bersyukur kerana muzik yang dimainkan boleh diterima dan peminat juga menghafal lirik lagu kami,” kata Ali dipetik daripada BH Online.

Kugiran Masdo dianggotai oleh empat orang anak muda berjiwa besar iaitu Ali sendiri, Azham Ahmad (dram), Putu Ceri (bass/vokal) dan Asmawi (gitar/vokal).

Dalam masa yang sama, mereka turut berasa gembira apabila lagu nyanyian mereka diputarkan dekat mana-mana stesen radio tempatan.

“Kalau ada kesempatan untuk dimainkan lagu-lagu kami di stesen radio, mengapa tidak bukan? Tidak salah rasanya untuk kami mencipta nama di arus perdana dan tidak hanya kekal sebagai band indie semata-mata,” tambahnya lagi.

Antara lagu nyanyian mereka ialah Teruna dan Dara, Bercanda Di Malam Indah, Bunga dan banyak lagi.

Kini, mereka sedang giat mempromosikan album baharu berjudul Selamat Tinggal Pujangga yang berkonsepkan pop klasik.

Pada 24 Februari ini, Kugiran Masdo bakal membuat persembahan siri ketika GegaRia yang bertempat di perkarangan Stadium Darul Makmur, Kuantan, Pahang. – MYNEWSHUB.CC/AH

Tags: GegaRiajual CDKugiran MasdoNetizen
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

PRN Johor: PH Janji Bawa Kemajuan – Netizen Tanya Bila Tol Percuma Simpang Renggam?

PRN Johor: PH Janji Bawa Kemajuan – Netizen Tanya Bila Tol Percuma Simpang Renggam?

28/06/2026
0

JOHOR BAHRU - Calon Pakatan Harapan (PH), Dr Maszlee Malik menegaskan bahawa PH berjanji akan membawa kemajuan di Johor sekiranya...

Netizen Tolak ‘Johor Akan Jadi Selangor Di Tangan PH’, Bimbang Timbul Isu Ladang Babi

Netizen Tolak ‘Johor Akan Jadi Selangor Di Tangan PH’, Bimbang Timbul Isu Ladang Babi

24/06/2026
0

JOHOR BAHRU – Kenyataan seorang pemimpin Pakatan Harapan (PH) bahawa 'Johor akan jadi Selangor Di tangan PH' menerima reaksi balas...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd