• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Undang-Undang Berita Palsu Mampu Kekang Tegang

oleh Ahmad Albab
16/02/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

BERA – Cadangan memperkenalkan undang-undang menangani berita palsu bukan untuk menyekat kebebasan bersuara rakyat tetapi bertujuan mengekang penyebaran fitnah melampau yang boleh menimbulkan ketegangan kaum, kata Anggota Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Malah kata beliau, berbeza dengan dakwaan pembangkang, kerajaan di bawah pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sekarang lebih terbuka dan ini dibuktikan menerusi pemansuhan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) serta pindaan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) .

“Kita tak pernah akan sekat kebebasan rakyat, yang banyak sekat kebebasan rakyat ini adalah zaman Tun Dr Mahathir Mohamad…beliau wujudkan pelbagai akta termasuk ISA.

“Tetapi zaman Datuk Seri Najib, beliau telah buktikan kerajaan liberal dari segi kebebasan sebab itu kita hapuskan ISA dan pinda AUKU untuk beri kebebasan kepada pelajar,” katanya kepada pemberita hari ini.

Ismail Sabri yang juga Anggota Parlimen Bera ditemui selepas menyampaikan angpau kepada 238 penghuni Rumah Kebajikan Warga Emas Sang Riang bersempena sambutan Tahun Baharu Cina di sini.

Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah itu diminta mengulas kenyataan Dr Mahathir yang juga Pengerusi Pakatan Harapan baru-baru ini bahawa cadangan memperkenalkan undang-undang tersebut bertujuan menyekat rakyat daripada mengkritik kerajaan.

Mengulas lanjut, Ismail Sabri berkata bekas perdana menteri itu juga tidak perlu gusar sekiranya beliau tidak membuat kenyataan palsu.

“Bagi saya senang sahaja, bagi orang yang tidak membuat cerita bohong atau berita palsu, mereka tidak perlu takut dengan undang-undang ini,” katanya.

Ismail Sabri sebelum itu turut meluangkan masa mengunjungi kediaman Ketua MCA Bera Datuk Wai Chee Cheng bagi meraikan Tahun Baharu Cina. – BERNAMA

Tags: berita palsuIsmail Sabri
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Lagi Individu Kena Siasat Didakwa Sebar Berita Palsu Diesel kepada Filipina

Lagi Individu Kena Siasat Didakwa Sebar Berita Palsu Diesel kepada Filipina

18/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) meneruskan tindakan terhadap pihak yang disyaki menyebarkan berita palsu berhubung pembekalan...

Dakwaan Harga Diesel Naik Tidak Benar – Fuziah Salleh

Dakwaan Harga Diesel Naik Tidak Benar – Fuziah Salleh

15/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Datuk Dr. Fuziah Salleh menafikan dakwaan tular...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd