• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, August 13, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kota Belud Perlu Lebih Ramai Sukarelawan Banjir

oleh AK-47
16/02/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA BELUD — Anggota Parlimen Kota Belud Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan menggalakkan penduduk mendaftar sebagai sukarelawan bencana banjir bagi meningkatkan lagi keberkesanan pengurusan mangsa banjir di daerah itu.

Beliau berkata setakat ini hanya 34 orang berdaftar sebagai sukarelawan di daerah itu, dan jumlah itu perlu ditingkatkan sebagai antara inisiatif memperkasakan lagi prosedur operasi standard (SOP) pengurusan banjir di kawasan itu.

“Apabila berlaku banjir, setiap daripada mereka (sukarelawan) diberikan penerangan tentang peranan serta tugas masing-masing di pusat pemindahan sementara bagi memastikan kerja-kerja menyelamat mangsa berjalan lancar,” katanya ketika merasmikan penutupan Program Latihan Pengurusan Bencana Peringkat Komuniti Kota Belud di sini, hari ini.

Program dua hari bermula semalam anjuran Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) itu antara lain bertujuan memupuk kesedaran masyarakat setempat terhadap bencana banjir selain memberi pendedahan secara profesional dan teratur mengenai pengurusan banjir yang efektif di peringkat akar umbi.

Abdul Rahman berkata struktur pengurusan bencana banjir di peringkat komuniti perlu diwujudkan secara tersusun bagi menjalinkan kerjasama dan mempunyai SOP yang mantap sebagai usaha mengurangkan risiko kehilangan nyawa dan kerosakan harta benda.

Katanya penduduk juga perlu sentiasa peka selain membuat persediaan awal menghadapi banjir dengan memastikan segala keperluan termasuk bantal, selimut, tuala dan kelengkapan mandian disediakan dalam satu beg kecil bagi memudahkan mereka apabila dihantar ke pusat pemindahan sementara.

Pada majlis itu, Abdul Rahman menyerahkan dua buah lori, empat bot, 100 khemah dan peralatan memasak kepada Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kota Belud bagi melancarkan kerja-kerja pengurusan banjir di daerah itu.

Pada majlis sama, seramai 418 ketua isi rumah turut menerima bantuan wang ehsan berjumlah RM209,000 daripada Kumpulan Wang Amanah Bantuan Bencana Negara bertujuan mengurangkan beban ditanggung setelah dilanda banjir pada tahun lepas. — BERNAMA

Tags: BanjirDatuk Seri Abdul Rahman Dahlan
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Hampir 900 Ekor Ular Termasuk Tedung Berbisa Terlepas Dari Ladang

Hampir 900 Ekor Ular Termasuk Tedung Berbisa Terlepas Dari Ladang

11/07/2026
0

Oleh Mynewshub  BEIJING – Penduduk sebuah kampung di selatan China berdepan ancaman baharu selepas dianggarkan sehingga 900 ekor ular terlepas...

PRN Johor: Maszlee Janji Masalah Banjir, Jalan Berlubang Selesai

PRN Johor: Maszlee Janji Masalah Banjir, Jalan Berlubang Selesai

06/07/2026
0

JOHOR BAHRU – Calon pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, Dr Maszlee Malik sekali lagi menabur janji kepada pengundi dengan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd