• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 23, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kes Bakar JPJ: Polis Rakam Percakapan 6 Individu

oleh Ahmad Albab
15/02/2018
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

IPOH – Polis telah merakam percakapan enam individu bagi membantu siasatan berhubung kejadian kebakaran lima kenderaan di Stesen Penguatkuasaan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Timbang Lori di Kuala Kangsar pada 6 Feb lalu.

Ketua Polis Daerah Kuala Kangsar ACP Ahmad Termizi Abd Haq berkata mereka merangkumi orang awam dan anggota JPJ.

“Kita belum membuat tangkapan dan siasatan lanjut sedang dijalankan bagi mengenal pasti suspek,” katanya kepada pemberita pada majlis Pelancaran Motosikal Unit Rondaan Bergerak (URB) dan Kenderaan Pacuan Empat Roda Light Strike Force (LSF) di dataran kawad Ibu Pejabat Polis Kontinjen Perak, di sini hari ini.

Beliau juga berkata pihaknya masih menunggu laporan penuh kejadian daripada Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Perak.

Dalam kejadian itu, tiga kenderaan JPJ dan dua kenderaan orang awam terbakar, dipercayai akibat perbuatan khianat.

Mengulas kes lain, Ahmad Termizi mengingatkan orang ramai agar tidak melakukan perbuatan yang boleh mengganggu-gugat keselamatan awam seperti meninggalkan barang yang mencurigakan di tempat umum.

“Kalau kami dapat bukti kukuh, kami tidak akan berdiam diri dan akan lakukan tangkapan serta kenakan tindakan undang-undang (terhadap pelaku),” katanya.

Beliau mengulas kejadian Selasa lepas apabila orang awam menemui sebuah beg hitam yang mencurigakan di Jalan Raja Chulan, Kuala Kangsar.

Khuatir beg itu mengandungi bom, sepasukan Unit Pemusnah Bom daripada Ibu Pejabat Kontinjen Perak digegaskan ke lokasi namun pemeriksaan lanjut mendapati beg tersebut hanya mengandungi pakaian. – BERNAMA

Tags: JPJSuspek
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Malaysia-Turkiye Perkukuh Kerjasama Industri Pertahanan

Malaysia-Turkiye Perkukuh Kerjasama Industri Pertahanan

22/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Menteri Pertahanan mengadakan pertemuan dengan syarikat pertahanan Turkiye, Makine ve Kimya Endüstrisi A.Ş. (MKE) yang diketuai Timbalan...

JPJ Saran Guna Perkhidmatan Digital Jimatkan Petrol, Tak Perlu Ke Kaunter

JPJ Saran Guna Perkhidmatan Digital Jimatkan Petrol, Tak Perlu Ke Kaunter

12/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) menyeru orang ramai memanfaatkan perkhidmatan digital sebagai langkah praktikal membantu menjimatkan kos...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd