• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, June 4, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

MCCF, Serene Retreat Sabah Rawat Penagih Dadah

oleh Ahmad Albab
15/02/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kurang kasih sayang dan tekanan hidup merupakan antara dorongan kepada sesetengah individu untuk ketagih terhadap sesuatu perbuatan yang boleh merosakkan masa depan mereka.

Menyedari akan masalah itu, Yayasan Keprihatinan Komuniti Malaysia (MCCF) bekerjasama dengan ‘Serene Retreat Sabah’ di Kota Kinabalu, Sabah bagi merawat mereka yang terlibat dalam kancah ketagihan dadah, judi, arak dan permainan video.

Pengerusinya Halim Ishak berkata pusat itu boleh membantu individu yang terjebak dalam masalah ketagihan dan menyediakan rawatan alternatif untuk proses pemulihan, selain daripada konsep rawatan Terapi Kognitive Tingkah Laku (CBT) yang pertama serta seumpamanya di Malaysia.

Beliau berkata konsep rawatan CBT lebih menekankan kepada komunikasi dengan penagih yang kebanyakan menghadapi masalah tekanan mental selain penekanan kepada peribadi penagih yang mungkin berasa dipinggirkan oleh keluarga dan masyarakat.

“Ada beberapa kaedah yang ditekankan antaranya membawa penagih menyertai aktiviti riadah seperti menyelam, selain mendekatkan mereka kepada hubungan kekeluargaan serta agama.

“Tempoh untuk memulihkan seseorang penagih bergantung kepada tahap ketagihan masing-masing dan jenis ketagihan kerana yang ketagih dadah berbeza dengan ketagih permainan video atau arak,” katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Beliau berkata pusat itu baru beroperasi pertengahan 2017 dan program itu turut mendapat sambutan menggalakkan daripada warga tempatan dan asing termasuk dari Australia, Afrika Selatan, Singapura, Mesir dan Brunei.

Pusat tersebut mampu memberi rawatan pemulihan kepada 10 penagih dalam satu masa.

“MCCF bersedia menjadi perantara kepada pusat ini dan penagih yang memerlukan rawatan atau pemulihan kerana pusat ini adalah yang pertama mengamalkan konsep CBT di negara ini.

“Saya berharap agar pusat pemulihan ketagihan Serene Retreat Sabah dapat membuka cawangan dan beroperasi di Semenanjung Malaysia,” katanya.

Pengasas Serene Retreat Sabah Ahmady Muhammad berkata pusat itu merupakan sebahagian daripada usaha beliau untuk menyumbang kepada khidmat kepada masyarakat.

Beliau berkata warga kerjanya terdiri daripada kaunselor berpengalaman antara 10 hingga 20 tahun.

“Melalui rawatan CBT, fokus adalah lebih kepada mengetahui dan mendalami masalah penagih dan kenapa mereka melakukan perbuatan itu melalui komunikasi ataupun luahan perasaan.

“Sebelum ini ada sesetengah penagih yang terpaksa menggunakan ubat penenang untuk merawat mereka dan ini bukan kaedah terbaik malah lebih memudaratkan,” katanya

Ahmady berkata menerusi CBT hampir 92 penagih kebanyakannya berusia antara 16 dan 60 tahun berjaya dipulihkan dan mereka tidak mengulangi ketagihan mereka lagi. – BERNAMA

*Video sekadar hiasan…

Tags: Penagih Dadah
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Jumlah Penagih Dadah Di Kuala Lumpur Berkurang Hampir 14 Peratus

Jumlah Penagih Dadah Di Kuala Lumpur Berkurang Hampir 14 Peratus

18/05/2025
0

KUALA LUMPUR: Sebanyak 5,800 individu dikesan terbabit dalam penyalahgunaan dadah di sekitar ibu negara bagi tempoh tiga bulan pertama tahun...

Warga Emas Disyaki Tembak Penagih Dadah Cuba Curi Kelapa Sawit Ditahan

Warga Emas Disyaki Tembak Penagih Dadah Cuba Curi Kelapa Sawit Ditahan

06/10/2024
0

Selama : Warga emas ditahan polis bagi membantu siasatan selepas dipercayai melepaskan tembakan ke atas seorang penagih dadah yang mencuri...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd