• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

SOP Tak Benarkan Pelajar Di Kawasan Penyelenggaran

oleh AK-47
15/02/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEREMBAN – Prosedur Operasi Standard (SOP) menetapkan pelajar tidak boleh berada di kawasan yang penyelenggaraan termasuk memotong rumput sedang dijalankan bagi mengelakkan kemalangan, kata Timbalan Menteri Pendidikan Datuk Chong Sin Woon.

Beliau berkata pihak kementerian akan mendapatkan laporan daripada pihak berkenaan berhubung kenapa penyelengaraan dilakukan serentak dengan raptai Hari Sukan di Sekolah Menengah Kebangsaan Tuanku Abdul Rahman (STAR) di Gemas yang menyebabkan seorang pelajar maut dan dua lagi pelajar cedera.

“Pihak kementerian memandang serius perkara ini dan masih menunggu siasatan terperinci daripada pihak Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan (JPNNS), Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Tampin serta pihak sekolah,” katanya kepada pemberita di ajlis Sambutan Tahun Baharu Cina di SMK Mantin di sini, hari ini. Turut hadir Pengetua SMK Mantin Norfaimi Mohamad Nor.

Dalam kejadian kira-kira 10.30 pagi semalam, Nur Afini Roslan, 14, meninggal dunia di tempat kejadian selepas kepalanya terpotong dua selepas terkena bilah pisau mesin rumbut yang melayang manakala dua rakannya Abdullah Hazlan, 14, dan Mohd Farhan Reza Badrol Hesam, 13, masing-masing cedera di telinga dan belakang kepala.

“Setelah kita tahu kebenaran barulah kita boleh mengambil tindakan susulan dan langkah-langkah untuk mengelakkan insiden yang sama daripada berlaku. Kejadian ini boleh menjadi panduan kepada semua sekolah supaya jangan memandang ringan kerana kemalangan boleh berlaku di mana jua dan pada bila-bila masa,” katanya.

Chong berkata semasa kejadian, seramai 120 pelajar sedang duduk berehat di atas padang selepas selesai menjalani raptai perbarisan Hari Sukan.

Beliau berkata pelajar yang trauma dengan kejadian yang menimpa rakan mereka akan diberikan khidmat kaunseling dan menurutnya buat masa ini guru sekolah berkenaan sedang membantu memulihkan semangat pelajar yang melihat kejadian itu.

“Kita memberikan kaunseling kepada pelajar-pelajar supaya mereka boleh mengharungi detik-detik ini termasuk dua pelajar yang cedera dalam insiden berikut,” katanya.

Sementara itu, Chong turut menasihatkan agar orang awam tidak memberikan sebarang komen yang boleh mengeruhkan keadaan dan biarlah pihak berkaitan menjalankan siasatan untuk mencari kebenaran. – BERNAMA

Tags: Datuk Chong Sin Woon
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Jadikan Tuisyen Tambahan PNP Di Sekolah

26/04/2018
0

SEREMBAN – Pelajar perlu menjadikan tuisyen sebagai tambahan bagi proses pengajaran dan pembelajaran (PnP) yang diajar guru semasa di sekolah,...

Pelbagai Pihak Zahir Penghargaan Hari Wartawan

11/04/2018
0

KUALA LUMPUR – Pelbagai pihak hari ini menzahirkan penghargaan mereka kepada warga pengamal media di negara ini bersempena Hari Wartawan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd