• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 23, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sofi Jikan Muhasabah Diri Lepas Terpalit Kes Ganja

oleh
14/02/2018
dalam Artis, Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PELAKON popular, Sofi Jikan memilih untuk bermuhasabah diri selepas terpalit dengan beberapa kontroversi yang menimpa dirinya.

Ia termasuk dakwaan memasukkan dadah jenis 11-nor-delta-9-tetrahydrocannabinol-9-carboxylic acid (THC) ke dalam badan pada 6 Februari lalu.

Memetik laporan mStar Online, pelakon berusia 48 tahun itu berkata dia menganggap hal itu sebagai dugaan dan bersyukur kerana masih berada dalam keadaan yang baik.

“Tidak banyak yang boleh saya komen kerana bimbang akan tersalah kata tetapi saya perlu bermuhasabah diri. Alhamdulillah keadaan saya masih baik dan saya belum pun dibuktikan bersalah, kita niat yang baik-baik sahaja,” katanya.

Ditanya mengenai perkembangan hubungannya dengan pengarah terkenal, Datuk Farid Kamil, Sofi bagaimanapun enggan mengulas lanjut berhubung hal tersebut.

Sebaliknya, pelakon yang terkenal dengan tagline ‘Wa Kasi Sengat’ itu memberitahu bahawa dia tidak mempunyai sebarang masalah dengan sesiapa selain turut mendoakan terbaik buat semua pihak.

“Kita niatkan yang baik-baik sahaja dan jadi manusia yang bantu-membantu, doakan semua sihat dan berjaya dalam semua urusan,” ujar Sofi.

Dalam perkembangan lain, Sofi berkata dia bakal kembali ke set penggambaran filem Polis Evo 2 di Port Dickson, Negeri Sembilan.

Baca: Sofi Ditahan Positif Ganja, Bantu Siasatan Kes Farid

Juga: Lepas Sofi, Pihak Polis Kenal Pasti Dua Lagi Individu

Lagi: Sofi Jikan Mengaku Tidak Bersalah Ambil Ganja

Terdahulu, Sofi yang terkenal menerusi filem KL Gangster itu telah ditahan reman selama tiga hari bagi membantu siasatan selepas didapati positif dadah jenis ganja.

Bagaimanapun, Sofi mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Petaling Jaya atas pertuduhan memasukkan dadah ke dalam badan pada 6 Februari lalu.

Susulan kes itu, mahkamah membenarkan Sofi diikat jamin sebanyak RM3,000 berserta seorang penjamin dan Nurul Huda menetapkan 14 Mac depan sebagai sebutan semula kes. – MYNEWSHUB.CC/AM

Tags: Netizennetizen bawangSofi Jikan
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Hati Rakyat Tersentuh, Foto Sayu YDP Agong Undang Sebak

Hati Rakyat Tersentuh, Foto Sayu YDP Agong Undang Sebak

22/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Hantaran di laman media sosial rasmi Sultan Ibrahim Sultan Iskandar menyentuh hati ramai apabila baginda berkenan menziarahi...

“Dah Kena Viral Baru Mengelabah” – Kenyataan TNB Terima Reaksi Sinis Netizen

“Dah Kena Viral Baru Mengelabah” – Kenyataan TNB Terima Reaksi Sinis Netizen

21/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Penjelasan Tenaga Nasional Berhad (TNB) berhubung isu sebuah keluarga di Kuala Sat, Jerantut yang hidup tanpa bekalan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd