• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Dakwa Negara Barat Guna Sesumpah Jadi Pengintip

oleh Ahmad Albab
14/02/2018
dalam Gaya Hidup, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

BEKAS pemimpin tentera Iran mendakwa bahawa negara barat menggunakan mengkarung untuk menarik gelombang atom sebagai sebahagian daripada teknik pengintipan mereka dalam program nuklear Iran.

Hassan Firuzabadi, penasihat ketenteraan terkemuka kepada pemimpin Ayatollah Ali Khamenei, menjawab pertanyaan daripada wartawan tempatan mengenai penangkapan ahli alam sekitar yang dibuat baru-baru ini.

Beliau berkata, negara-negara Barat sering menggunakan pelancong, saintis dan ahli alam sekitar untuk mengintip Iran.

“Beberapa tahun lalu, terdapat individu yang datang ke Iran untuk mengumpul dana bantuan buat Palestin, kami berasa curiga terhadap laluan yang digunakan mereka.

“Mereka membawa pelbagai spesies reptilia gurun seperti mengkarung dan sesumpah… kami mendapati kulit haiwan itu menarik gelombang atom dan mereka itu pula adalah pengintip nuklear yang ingin mengetahui di mana lokasi lombong uranium dan kegiatan atom dilaksanakan dalam Iran,” katanya kepada agensi berita reformis ILNA yang dipetik oleh Times of Israel.

Firuzabadi mendakwa bahawa pasukan mata-mata itu gagal setiap kali cuba melakukan pengintipan di negara itu.

Beliau berkata demikian bagi mengulas mengenai laporan oleh ahli alam sekitar Iran-Kanada, Kavous Seyed Emami yang telah membunuh diri di penjara selepas ditahan bersama ahli-ahli kumpulan hidupan liar yang lain pada bulan lepas.

Beberapa tuduhan mengintip yang melibatkan hidupan liar telah dibuat terhadap Israel dalam beberapa tahun kebelakangan ini.

Pada Januari 2016, orang awam dari Lubnan menangkap burung helang griffon yang dipakaikan alat penjejakan Israel, tetapi melepaskannya apabila mereka menyedari alat itu digunakan untuk penyelidikan saintifik dan bukannya untuk pengintipan

Beberapa bulan sebelum itu, Hamas mendakwa telah menangkap ikan lumba-lumba yang memakai peralatan mengintip Israel.

Media Turki juga melaporkan mengenai dakwaan burung yang dipakaikan dengan peranti pengesan dari universiti Israel digunakan untuk mengintip.

Pada 2012 pula, helang dengan ‘tag’ Israel ditangkap di Sudan dan didakwa digunakan untuk misi agensi perisik Mossad.

Dua tahun sebelum itu, seorang pegawai Mesir pula mendakwa jerung yang dikawal oleh Israel mungkin terlibat dalam beberapa serangan terhadap pelancong di Laut Merah. – NY Post/mStar Online

Tags: IranPengintip
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Onn Hafiz Dedah Telefon Jadi Sasaran Pengintip – “Semoga Allah SWT Melindungi Kita Semua”

Onn Hafiz Dedah Telefon Jadi Sasaran Pengintip – “Semoga Allah SWT Melindungi Kita Semua”

22/05/2026
0

JOHOR BAHRU – Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi membuat pendedahan mengejutkan apabila mendakwa telefon pintar yang dikaitkan dengan...

TERKINI – Perang Iran – Israel/AS Dijangka Bersambung Dalam Beberapa Jam Lagi

TERKINI – Perang Iran – Israel/AS Dijangka Bersambung Dalam Beberapa Jam Lagi

05/05/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Ketegangan di Asia Barat terus memuncak apabila Iran dilaporkan mengambil langkah tegas mempertahankan kedaulatan negaranya...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd