• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Orang Asli Bantah Pengusaha Rosak Tadahan Air

oleh AK-47
13/02/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

GUA MUSANG – Masyarakat Orang Asli di Kampung Sendrop, Lojing di sini, membantah tindakan pengusaha kebun sayur menceroboh bukit yang menjadi kawasan tadahan air untuk kegunaan kaum berkenaan.

Penghulu Kampung Sendrop Andol Busu Jamin berkata jengkaut yang digunakan untuk meratakan kawasan berbukit bagi dijadikan tapak tanaman sayur-sayuran, menjejaskan sumber bekalan air apabila airnya menjadi keruh dan berkeladak.

“Masalah pencemaran sumber air bagi penduduk di kampung ini dan beberapa kampung lain yang terletak berhampiran, semakin kritikal disebabkan pengusaha kebun sayur sesuka hati menceroboh kawasan tadahan air,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Beliau berkata tindakan pengusaha terbabit turut menyebabkan berlakunya hakisan tanah serta banjir lumpur sehingga mengancam keselamatan penduduk.

Sementara itu, Anggota Dewan Undangan Negeri Galas Ab Aziz Yusof yang meninjau kawasan tersebut mendesak kerajaan negeri bertindak segera menghentikan pencerobohan itu, demi kesejahteraan hidup masyarakat Orang Asli.

“Air sungai di kawasan tanah tinggi Lojing kini tidak boleh digunakan penduduk berikutan berlaku pencemaran yang serius dan membahayakan kesihatan,” katanya. – BERNAMA

Tags: Kawasan Tadahan Air
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kelantan Warta 92,697 Hektar Kawasan Tadahan Air Baharu

26/09/2018
0

KOTA BHARU - Kelantan mewartakan 92,697 hektar hutan simpan di seluruh negeri itu sebagai kawasan tadahan air baharu, kata Menteri...

Hutan Simpan Ulu Muda Perlu Dijadikan Hutan Tadahan Air

26/06/2018
0

GEORGE TOWN - Sahabat Alam Malaysia (SAM) dan Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) mahu kerajaan negeri Kedah mengumumkan keseluruhan Hutan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd