• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Hampir ‘Hanyut’, Anak Sumber Kekuatan Fatin

oleh
14/02/2018
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SETIAP rumah tangga yang dibina pasti akan diduga dengan pelbagai kemelut, jadi pasangan suami isteri haruslah bijak menghadapi tempoh sukar tersebut.

Walaupun sudah bercerai hampir lapan bulan, namun siapa sangka ada satu rahsia yang disimpan oleh pelakon Fatin Afeefa sehingga membuatkan dirinya nyaris ‘hanyut’.

Fatin Afeefa atau nama sebenarnya, Fatin Nur Afifah, 24, akui bahawa dia pernah terfikir untuk melakukan sesuatu yang diluar jangkaan selepas tertekan dengan banyak fitnah yang dilemparkan kepadanya sebelum ini.

“Pernah beberapa kali niat jahat yang sebenarnya mampu memudaratkan diri terlintas di fikiran, namun mujur saya cepat sedar. Alhamdulillah, iman saya masih kuat,” katanya dipetik daripada BH Online.

Ibu kepada dua cahaya mata itu pernah dikaitkan dengan kontoversi yang kononnya dia seorang kaki mabuk serta mengambil barang terlarang sehingga membuatkan dirinya dan keluarga terpaksa menanggung malu akibat fitnah tersebut.

“Menatap wajah dua anak kecil, Adam Aisy Arrian, 6, dan Ivy Herra Sophia, 3, yang masih memerlukan perhatian, membuatkan saya berfikir semula.

“Tiada guna saya terlalu mengikut perasaan, sedangkan orang lain gembira melihat hidup saya musnah,” katanya lagi.

Bukan itu sahaja, Disember tahun lalu, muncul satu kontoversi yang turut melibatkaan namanya, iaitu penyebaran sekeping gambar menunjukkan aksi seorang wanita sedang bercium dengan seorang lelaki.

Selain itu, pada Mei tahun lalu, ibu tunggal muda itu telah mengakhiri rumah tangganya bersama dengan bekas suami yang juga merupakan pelakon, Adam Shahz selepas empat tahun bersama.

Menurut pelakon yang mula dikenali menerusi filem Tentang Bulan itu, dirinya mula tidak tenang selepas penceraian itu kerana sering diganggu oleh bekas suaminya itu.

Bagaimanapun, bagi Fatin dia tidak mahu lagi melihat kenangan silamnya bersama dengan pelakon filem Juvana itu dan dia sama sekali tidak akan kembali bersamanya lagi.

“Sudah lapan bulan kami bercerai, tetapi mengapa dia masih tidak dapat menerima kenyataan? Saya mohon kepadanya, jangan cari saya lagi. Saya tidak sanggup untuk kembali hidup bersamanya.

“Selama ini, saya banyak bertolak ansur. Jika dia dalam kesusahan, saya sanggup membantu. Salahkah saya mencari kebahagiaan sendiri? Mengapa dia masih mahu mengganggu hidup saya?” ujarnya lagi.

Baca: Nafi Gambar Bercium, Fatin Tahu Angkara Siapa

Juga: ‘Sihir Pemisah’ Punca Fatin, Adam Bercerai?

Ini: Adam Shahz, Fatin Afeefa Sudah Bercerai Rupanya…..

Dalam masa yang sama, dalam sebuah kenyataan pada September tahun lalu, Adam memberitahu media bahawa punca dia berpisah bersama dengan Fatin adalah disebabkan ada pihak lain yang menjadi penghasut sehingga membuatkan bekas isterinya itu menfailkan tuntutan cerai.

Malah, mereka juga tidak menolak dakwaan apabila ada desas desus dikatakan bahawa mereka telah terkena ‘sihir pemisah’ oleh individu yang dikenali rapat mereka sendiri.

Fatin juga pernah mengakui bahawa punca tersalah pilih kawan juga menjadi salah satu penyebab hubungan mereka berakhir.

Namun sebab utama masih tidak diketahui dan biarlah ianya menjadi rahsia antara mereka berdua sahaja serta kita sebagai orang luar, hanya perlu doakan yang terbaik buat kedua-duanya. – MYNEWSHUB.CC/AH

Tags: adam shahzfatin afeefaNetizententang bulan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Lokasi Dipercayai Tapak “Rain Rave 2026” Dipenuhi Sampah, Hantaran DBKL Cetus Reaksi Netizen

Lokasi Dipercayai Tapak “Rain Rave 2026” Dipenuhi Sampah, Hantaran DBKL Cetus Reaksi Netizen

02/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Satu hantaran di media sosial oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mencetuskan persoalan dalam kalangan netizen apabila...

Pempengaruh Ahmad Faezal Dikritik Netizen Selepas Tarik Diri Sertai Flotila

Pempengaruh Ahmad Faezal Dikritik Netizen Selepas Tarik Diri Sertai Flotila

30/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Seorang pempengaruh dan penganalisis geopolitik, Ahmad Faezal, menjadi bahan sindiran netizen selepas menarik diri daripada misi flotila...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd