• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Rabies: Kampung Gawang Empili, Simunjan Ke-30

oleh AK-47
12/02/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUCHING – Kampung Gawang Empili, Simunjan hari ini diisytiharkan sebagai kawasan terbaharu wabak rabies di Sarawak, menjadikan kawasan wabak penyakit anjing gila itu kini berjumlah 30.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) dalam satu kenyataan memaklumkan bahawa Timbalan Ketua Menteri yang juga pengerusi jawatankuasa itu, Datuk Amar Douglas Uggah Embas mengisytiharkan kawasan terbaharu wabak rabies itu hari ini.

“Memandangkan kampung ini berada di luar daripada 10km radius kawasan yang telah diisytihar sebagai kawasan wabak rabies sebelum ini, maka ia merupakan kawasan ke-30 wabak rabies di Sarawak,” menurut kenyataan itu.

Bahagian Serian mencatatkan jumlah kawasan diisytihar wabak rabies paling tinggi, menjangkau 21 buah, disusuli Kuching (4), Samarahan (3) dan masing-masing satu di Sri Aman serta Sarikei.

“Orang ramai yang mempunyai sejarah gigitan anjing diminta untuk segera membuat pemeriksaan di mana-mana fasiliti kesihatan yang terdekat, dan diingatkan untuk sentiasa menghindarkan diri daripada gigitan haiwan terutamanya anjing,” menurut kenyataan itu.

Sehingga kini, enam daripada tujuh pesakit yang dijangkiti rabies telah meninggal dunia, sejak penyakit itu dikesan di Sarawak tahun lepas. – BERNAMA

Tags: Wabak Rabies
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Wabak Rabies Ragut Nyawa Ke-21 Di Sarawak

08/11/2019
0

SHAH ALAM - Wabak rabies atau penyakit anjing gila meragut nyawa mangsa ke-21 di Sarawak selepas seorang kanak-kanak lelaki lima...

Rabies: Permintaan Lesen Anjing Meningkat Di Miri

19/10/2018
0

MIRI - Lonjakan permohonan lesen anjing susulan penularan wabak anjing gila atau rabies di bandar raya ini memaksa Majlis Bandaraya...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd