• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

BN Kota Marudu Siap Sedia Latihan Jentera Pilihan Raya

oleh AK-47
12/02/2018
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA MARUDU – Barisan Nasional (BN) Kota Marudu telah menubuhkan jentera pilihan rayanya di kesemua 57 daerah mengundi dan berada dalam keadaan bersedia untuk menjalani latihan.

“Kami sudah bersedia untuk menghadapi pilihan raya umum ke-14. Semua jentera kami sudah ditubuhkan…kesemuanya bersiap sedia untuk menghadapi ‘hari besar’ itu,” kata ketuanya, Datuk Seri Dr Maximus Ongkili di sini hari ini.

Bercakap kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat BN Kota Marudu di ibu pejabatnya di Langkon di sini, Ongkili, yang juga Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, berkata kawasan Parlimen Kota Marudu kini mempunyai 45,953 pemilih, yang terdiri daripada masyarakat Dusun, Rungus dan Bajau.

“Berdasarkan bancian terbaru, terdapat 22,326 pengundi berdaftar di Matunggong dan 23,627 pengundi di Tandek dalam daftar pemilih.

“Matlamat akhir kami sekarang ialah merampas kembali Matunggong serta mempertahankan kerusi Tandek dan Kota Marudu. Kami percaya penduduk kawasan berkenaan sudah mengambil pengajaran daripada beberapa tahun lepas,” kata Ongkili, yang juga pemangku presiden Parti Bersatu Sabah dan anggota Parlimen Kota Marudu.

Menurut beliau, sokongan peringkat akar umbi terhadap BN juga semakin kukuh sejak empat tahun lepas

Sementara itu, Ketua UMNO Bahagian Kota Marudu Datuk Wetrom Bahanda berkata parti itu sudah bersedia menghadapi pilihan raya umum, termasuk memastikan BN memenangi semua kerusi di kawasan itu.

“Ini mungkin mesyuarat terakhir kami sebagai persiapan menghadapi pilihan raya itu nanti.

Di pihak Umno, kami juga sudah mempersiapkan bilik gerakan kami dan sekiranya kepimpinan BN memanggil pilihan raya pada billa-bila masa pun, kami bersedia sepenuhnya untuk itu,” kata beliau kepada Bernama. – BERNAMA

Tags: BNDatuk Seri Dr Maximus Ongkili
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Peluang Terakhir Untuk BN Berubah, Kerjasama PRN Atau Hadapi Tentangan PH – Suhaizan

Peluang Terakhir Untuk BN Berubah, Kerjasama PRN Atau Hadapi Tentangan PH – Suhaizan

18/05/2026
0

JOHOR BAHRU - Ahli Parlimen PH Pulai, Suhaizan Kaiat menyifatkan ucapan Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim Konvensyen...

“Jangan Samakan Tahap Pemikiran Akar Umbi UMNO Dengan Walanon”

“Jangan Samakan Tahap Pemikiran Akar Umbi UMNO Dengan Walanon”

18/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Ahli Jawatankuasa Pemuda UMNO Bahagian Shah Alam, Azrul Abu Hasan mengingatkan Presiden UMNO supaya tidak menyamakan tahap...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd